Utusan Borneo (Sabah)

KKBS gilap bakat keusahawan­an pelajar

-

BAZAR Ramadan merupakan tempat tumpuan masyarakat pada bulan puasa.

Ramai peniaga mengambil peluang setahun sekali ini untuk menjual beraneka jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

Tidak terkecuali bagi Pelajar-Pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Beaufort Sabah (KKBS) yang mengambil peluang berniaga di Bazar Ramadan Beaufort Sentral, dekat sini, bagi menimba pengalaman berniaga untuk meningkatk­an bakat keusahawan­an mereka.

Pengarah Kolej Komuniti Beaufort, Mejar Bersekutu (PA) Muhammad Sani bin Che Idris, berkata program berkenaan merupakan acara tahunan Kolej Komuniti Beaufort.

“Dengan adanya peluang sebegini, pelajar kami dapat mengaplika­si kemahiran dipelajari dalam kelas serta dapat meningkatk­an minat mereka berniaga. “Kita mahu melahirkan

job creator, bukan job

seeker. Oleh itu, pihak pengurusan sangat menyokong penuh program sebegini,” katanya.

Program berkenaan membabitka­n pelajar semester dua dan semester tiga dengan pemantauan dari pensyarah-pensyarah.

“Setakat hari ini, sambutan sangat menggalakk­an. Menu setiap hari berubah-ubah. Kami berharap program

ini diteruskan pada masa akan datang,” kata seorang pelajar, Izzah Nadzirah Minggu.

Kolej Komuniti Beaufort menawarkan program sijil sepenuh masa. Program pengajian selama 20 bulan ini lebih kepada pembelajar­an kemahiran teknikal. Kursus yang ditawarkan adalah seperti Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Teknologi Elektrik.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR-PELAJAR KKBS melayan pelanggan di Bazar Ramadan Beaufort Sentral.
PELAJAR-PELAJAR KKBS melayan pelanggan di Bazar Ramadan Beaufort Sentral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia