Utusan Borneo (Sabah)

Segerakan naik taraf surau

Rayuan jemaah Surau Al-Hijrah Kg Sungai Miri

-

LABUAN: Proses menaik taraf Surau Al Hijrah Kampung Sungai Miri perlu disegeraka­n.

Ketua Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabang­sa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata demikian ketika menghadiri sesi perjumpaan dengan AJK Surau selepas solat Isyak dan Tarawih di kampung tersebut malam Khamis lalu.

Beliau menjelaska­n sebelum ini beliau ada menyentuh persoalan untuk menaik taraf surau ini beberapa kali.

“Ini kerana sudah begitu lama penduduk kampung ini menunggu hasrat untuk surau ini dinaik taraf.

“Surau ini ada sebab yang perlu dipertimba­ngkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dan JAWI Labuan,”katanya.

Mustapha berharap JAWI dapat mempercepa­tkan proses menaiktara­f tersebut kerana penduduk kampung begitu lama menunggu hampir 20 tahun.

Katanya, tambahan pula kampung ini sudah mempunyai penduduk yang padat dan dalam masa yang sama surau ini dapat menampung hampir 1,000 orang jemaah dalam satusatu masa termasuk 300 kaum wanita ketika solat Jumaat.

Beliau berharap proses menaik taraf perlulah disegeraka­n supaya impian 2,000 penduduk kampung ini tercapai.

Solat Tarawih itu turut dihadiri hampir 300 penduduk kampung termasuk wanita dan kanakkanak.

Mustapha berkata sempena bulan yang mulia ini adalah amat baik sekiranya permohonan penduduk Kampung Sungai Miri ini dipercepat­kan dan tidak perlulah meletakkan syarat yang sukar bagi menaik taraf surau ke masjid.

“Saya berharap pihak berkenaan akan menjadikan impian penduduk Kampung Sungai Miri ini menjadi kenyataan tidak lama lagi,”katanya.

 ??  ?? MUSTAPHA (bersongkok) bersama Pengerusi Surau Haji Sabli Haji Omar (empat kanan), imam surau Ustaz Haji Samsudin Nasir (tiga kiri) serta AJK surau selepas Solat Tarawih di Surau Al-Hijrah Kampung Sungai Miri, malam Khamis lalu.
MUSTAPHA (bersongkok) bersama Pengerusi Surau Haji Sabli Haji Omar (empat kanan), imam surau Ustaz Haji Samsudin Nasir (tiga kiri) serta AJK surau selepas Solat Tarawih di Surau Al-Hijrah Kampung Sungai Miri, malam Khamis lalu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Kampung Sungai Miri yang menghadiri jamuan moreh selepas mengadakan perjumpaan dengan Mustapha.
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Sungai Miri yang menghadiri jamuan moreh selepas mengadakan perjumpaan dengan Mustapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia