Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan hari jadi bukti kasih sayang guru kepada murid

-

LABUAN: Tarikh 16 Mei merupakan hari cukup bermakna bagi seluruh warga pendidik di Malaysia, di mana sambutan hari guru diadakan bagi menghargai jasa guru di dalam bidang pendidikan.

Pada hari istimewa ini, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru (SKTA) menyambut hari guru di peringkat sekolah, barubaru ini.

Turut diadakan sambutan hari lahir murid yang jatuh pada bulan April, Mei dan Jun sebagai tanda kasih sayang pihak sekolah kepada murid-murid terlibat.

Hari Guru tahun 2018 disambut secara sederhana namun bermakna kerana Guru Besar, Murni Jaafar di dalam ucapannya mengatakan bahawa guru merupakan barisan hadapan dalam merealisas­ikan harapan negara untuk menjadikan negara kita maju setanding dengan negaranega­ra lain.

Murni juga menyatakan dan menyeru kepada semua guru untuk terus bersungguh-sungguh mendidik anak-anak murid di SK Tanjung Aru kerana guru merupakan agen perubahan atau trasnforma­si kepada kemajuan negara kita, Malaysia selaras dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan”.

Sementara itu, sambutan hari jadi ini diadakan setiap 3 bulan bagi menghargai dan menunjukka­n kasih sayang guru terhadap anak-anak murid di sekolah ini.

Aktiviti sambutan hari jadi ini merupakan usaha sekolah melalui program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Sumbangan seperti hadiah dan kek hari jadi daripada pihak ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling menjadikan sambutan hari lahir anak-anak murid di sekolah ini begitu istimewa dan tidak dapat dilupakan.

Kerjasama daripada pelbagaipi­hakinimenj­adikan hubungan ibu bapa, guru dan masyarakat menjadi erat demi anak-anak murid sekolah ini.

Murni berkata keduadua majlis ini menjadikan setiap warga sekolah dan masyarakat untuk saling menghargai dan bantumemba­ntu demi mencapai matlamat yang sama.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang komited menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

“Ucapan terima kasih dan penghargaa­n juga saya tujukan kepada ibu bapa dan komuniti setempat yang sentiasa bekerjasam­a menjayakan pelbagai program di SK Tanjung Aru,” katanya.

 ??  ?? MURNI (tengah) bersama guru-guru SK Tanjung Aru memotong kek Hari Guru 2018.
MURNI (tengah) bersama guru-guru SK Tanjung Aru memotong kek Hari Guru 2018.
 ??  ?? MURID-MURID diraikan pada majlis sambutan hari jadi di SK Tanjung Aru.
MURID-MURID diraikan pada majlis sambutan hari jadi di SK Tanjung Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia