Utusan Borneo (Sabah)

AMT PGEBS ziarah keluarga ahli kematian ibu

-

BEAUFORT: Seramai enam Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Gegasan Ekonomi Bumiputera Sabah (PGEBS) yang diketuai Jismit Hj Japong telah mengadakan ziarah ke atas keluarga salah seorang ahli majlis tertinggi PGEBS Marip Tahir.

Ziarah bertujuah mengucapka­n takziah kerana pemergian ibu beliau Norkiah Majid berasal dari Kg Laba, Kota Klias yang telah meninggal dunia pagi Selasa di Kg Nukahan.

Ketibaan semua rombongan telah disambut oleh ayahnya Tahir Hj Munchi di kediaman mereka di Kg Nukahan.

Ketika dihubungi, Jismit selaku presiden PGEBS melahirkan rasa dukacita dan amat bersimpati dengan pemergian almarhum ibu kepada Marip dan berdoa agar roh allahyarha­mah dicucuri rahmat oleh Allah serta diampunkan segala dosanya.

Beliau berkata aktiviti kemasyarak­atan terhadap ahli yang ditimpa musibah seperti dialami Marip akan sentiasa dilaksanak­an dari semasa ke semasa.

“PGEBS akan terus membantu ahlinya di mana sahaja mereka berada di Sabah. Oleh itu, PGEBS mempelawa warga Sabah di mana jua berada agar dapat mendaftark­an diri sebagai ahli persatuan ini.

“Pada ketika ini, ada tiga feadah disediakan untuk semua ahli yang mencukupi syarat, iaitu suntikan modal tabung pembanguna­n usahawan sebanyak RM5,000 hingga RM10 ribu; tabung pembanguna­n pendidikan; dan tabung pembanguna­n kebajikan ahli,” katanya.

Beliau serta rombongan telah menyerahka­n beberapa sumbangan keperluan makanan serta wang tunai yang diterima oleh Tahir.

Jenazah Allahyarha­mah yang telah dimandikan dan dikafankan di Hospital Daerah Beaufort dan tiba di Masjid Kg Nukahan.

Solat jenazah telah disempurna­kan selepas berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Kg Nukahan diimamkan oleh Hj Suntrak Hj Sidun yang dihadiri oleh senak saudara, rakan taulan dan penduduk di kampung berkenaan, dan kemudian disemadika­n di tanah perkuburan orangorang Islam di Kg Nukahan.

Marip melahirkan ucapan terima kasih kepada semua rombongan PGEBS dari Kota Kinabalu itu kerana sudi melaksanak­an ziarah keluarga serta menyampaik­an beberapa bantuan keperluan untuk memudahkan perjalanan pengkebumi­an arwah emak beliau.

“Saya amat bersyukur dengan rombongan ini yang bersusah payah datang dari jauh di bulan Ramadan semata-mata kerana ikatan dan jalinan kemesraan dalam rakan seperjuang­an dalam gagasan ini,” katanya.

 ??  ?? PARA ahli PGEBS merakamkan gambar kenangan bersama Tahir. Turut kelihatan dari kanan; Shamsudin Sari, Amat Jutrah Hj Musnih, Tahir dan Jismit.
PARA ahli PGEBS merakamkan gambar kenangan bersama Tahir. Turut kelihatan dari kanan; Shamsudin Sari, Amat Jutrah Hj Musnih, Tahir dan Jismit.
 ??  ?? JISMIT (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Tahir.
JISMIT (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada Tahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia