Utusan Borneo (Sabah)

Dicekup JAIS kerana tidak puasa, berkhalwat

-

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini menangkap tujuh individu kerana kesalahan makan dan minum di tempat awam pada bulan Ramadan dan tujuh individu lagi kerana disyaki berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkua­saan JAIS, Mahdi Al-Hilmy Arshad berkata operasi tangkapan dilakukan bermula hari pertama puasa sehingga Rabu (23 Mei).

“Tangkapan untuk yang tidak berpuasa dilakukan di restoran, pusat snooker dan gerai makan di sekitar Meru, Klang dan Shah Alam sementara tangkapan khalwat dilakukan di hotel dan rumah tumpangan di sekitar Lembah Klang.

“Semua tangkapan dibuat hasil aduan orang ramai dan kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan terhadap kesemua individu terbabit yang berusia lingkungan 27 ke 30-an,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam Khamis.

Menurut Mahdi, tangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa dibuat mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000ataupen­jaramaksim­um enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tangkapan bagi kesalahan khalwat, katanya dibuat mengikut Seksyen 29 enakmen sama, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM3,000ataupen­jaramaksim­um dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kita minta orang ramai jika melihat sebarang kesalahan syariah untuk segera buat aduan dengan menghubung­i hotline penguatkua­sa JAIS di talian 1800-88-2424,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Mohd Ali berkata sehingga kini, 46 hotel di Selangor mempunyai pensijilan Halal bagi mempromosi bufet Ramadan masing-masing.

Beliau berkata keperluan untuk memiliki sijil halal itu adalah mengikut Perintah 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memastikan premis berkenaan tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n ungkapan seperti ‘Bufet Ramadan’ untuk mengeliruk­an umat Islam.

“Setakat ini ada kira-kira 30 hotel yang kita dah pergi untuk pemantauan. Sehingga kini , tiada tindakan untuk yang tidak memohon pensijilan halal, kita hanya nasihat. Memang tidak boleh guna perkataan ‘Bufet Ramadan’, ‘Makanan Berbuka Puasa’ ‘Iftar Ramadan’ atau ‘Makanan Bersahur’ sekiranya tiada sijil halal dan kalau nak guna kena ada sijil halal,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia