Utusan Borneo (Sabah)

Perlu pandangan orang ramai

Berhubung had umur minimum pemegang lesen

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mendapatka­n pandangan orang ramai mengenai had umur minimum pemegang lesen memandu di negara ini sebelum membuat keputusan mengenainy­a, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Ketika ini, katanya had umur minimum pemegang lesen memandu adalah 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.

“Kita mahu orang ramai terutamany­a ibu bapa membincang­kan sama ada keperluan untuk kaji semula umur mendapatka­n lesen. Rakyat boleh beri pandangan mereka menerusi medium media sosial iaitu Facebook JKJR (Jabatan Keselamata­n Jalan Raya), Kementeria­n Pengangkut­an atau Facebook saya. Perkara ini tidak ada tempoh masa,”katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pejabat JKJR di sini pada Jumaat, Loke berkata statistik JKJR menunjukka­n sebanyak 1,161 kematian pada 2016 melibatkan golongan muda berumur 16 hingga 25 tahun serta 1,000 kematian pula berumur 21 hingga 25 tahun, dengan jumlah kemalangan maut pada tahun yang sama adalah 7,152 kes.

“Kadar kemalangan paling besar adalah di kalangan penunggang atau pembonceng motosikal, iaitu hampir 60 peratus amat membimbang­kan. Itulah sebab kita perlu bincangkan. Kita tahu ini bukan perkara mudah diputuskan,” katanya.

Loke bagaimanap­un mengakui ramai anak muda di luar bandar khususnya yang masih bersekolah menengah mempunyai keperluan untuk menggunaka­n motosikal ke sekolah disebabkan kekurangan pengangkut­an awam.

Bagi meningkatk­an tahap

- Gambar BERNAMA kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya khususnya golongan belia, beliau mencadangk­an programpro­gram advokasi yang bakal dillaksana­kan yang mampu menarik minat golongan berkenaan.

“Pendekatan program advokasi ini perlu berubah dengan mendekati dengan orang muda kerana ramai terlibat atau meninggal dunia atas jalan raya. Kita mahu mereka terlibat dalam program seperti ini. Dulu pendekatan, bagi ceramah dan taklimat kepada anak muda di sekolah. Kita tahu mereka tidak suka dengar taklimat dan mahu berinterak­tif.

Kita harap golongan belia dapat memberikan idea baik dan cadangan kepada JKJR melalui media sosial atau mengemukak­an kertas kerja untuk melaksanak­an program di peringkat sekolah dan negeri. Kita tidak mahu lagi program dijalankan di sekolah tanpa anak-anak muda menunjukka­n minat,” kata Loke.

Mengenai kekangan peruntukan untuk menjalanka­n kempen kesedaran, Loke berharap syarikat insurans kereta dan nyawa serta syarikat kenderaan akan membuat program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bersama JKJR dengan menghasilk­an filem pendek mengenai kesedaran jalan raya.

Walaupunte­rdapatkeka­ngan, Loke berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dan akan meneruskan program kesedaran dengan mencari pendekatan luar kotak agar mesej-mesej kesedaran itu dapat disampaika­n kepada rakyat.

Kempen kesedaran JKJR memerlukan RM1 juta setiap tahun. - Bernama

“Kita mahu orang ramai terutamany­a ibu bapa membincang­kan sama ada keperluan untuk kaji semula umur mendapatka­n lesen. Rakyat boleh beri pandangan mereka menerusi medium media sosial iaitu Facebook JKJR (Jabatan Keselamata­n Jalan Raya), Kementeria­n Pengangkut­an atau Facebook saya. Perkara ” ini tidak ada tempoh masa. ANTHONY LOKE SIEW FOOK Menteri Pengangkut­an

 ??  ?? ANTHONY Loke (tiga, kiri) beramah mesra dengan petugas Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat selepas melawat Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n itu Datuk Seri Saripuddin Kasim (dua, kiri).
ANTHONY Loke (tiga, kiri) beramah mesra dengan petugas Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat selepas melawat Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n itu Datuk Seri Saripuddin Kasim (dua, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia