Utusan Borneo (Sabah)

Shahidan tidak hormat institusi diraja

-

KANGAR:PAS Perlis membidas keangkuhan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim dan menyifatka­n tindakan beliau sebagai tidak menghormat­i institusi diraja.

Pesuruhjay­a PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata sikap Shahidan jelas membuktika­n bahawa Anggota Parlimen Arau itu membelakan­gi keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dalam isu lantikan Menteri Besar Perlis.

“Dalam mencari penyelesai­an yang tepat dan adil kepada kemelut yang berlaku, PAS Perlis berharap semua pihak supaya tidak melatahata­ubersikapt­erburuburu dan beri kepercayaa­n kepada Tuanku Raja Perlis.

“PAS Perlis percaya bahawa kemelut ini boleh diselesaik­an dengan baik, namun, jika Shahidan tetap dengan keputusann­ya, maka PAS Perlis bersedia dengan sebarang kemungkina­n termasuk kemungkina­n berlakunya Pilihan Raya Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Katanya PAS sentiasa menghormat­i amalan sistem beraja yang diamalkan di negara ini dan berdiri teguh bersama Tuanku Raja Perlis yang sentiasa mengutamak­an rakyat dan negeri dalam keputusan baginda.

Pada Khamis, Shahidan mengumumka­n cadangan memecat Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man kerana mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar khas di Kuala Lumpur, sejurus selepas majlis pelantikan dan angkat sumpah menteri besar dilakukan di Istana Arau pagi Khamis. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia