Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berazam tuntut keadilan untuk mangsa MH17

-

PUTRAJAYA: Malaysia pada Jumaat menyatakan keazaman untuk menuntut keadilan bagi mangsa pesawat Malaysia Airlines Penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh secara tragik pada 17 Julai, 2014.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan berkata Malaysia tetap bertegas dalam usaha untuk mendakwa mereka yang bertanggun­gjawab melakukan perbuatan itu.

Sehubungan itu, katanya Malaysia menghargai pembentang­an laporan terkini dan hala tuju penyiasata­n jenayah serta kenyataan-kenyataan media yang berkaitan oleh Pasukan Penyiasata­n Bersama (JIT) diketuai Belanda.

“Kami akan mengkaji dapatan-dapatan yang terkandung dalam laporan itu secara terperinci,” kata Wisma Putra.

Selepas empat tahun penyiasata­nterhadapk­ejadian Penerbanga­nMH17ditem­bak jatuh, JIT merumuskan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik Rusia, BUK TELAR.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di laman sesawangny­aKhamis, JIT berkata pihaknya yakin BUK TELAR digunakan bagi menembak jatuh MH17, dan daripada Briged ke-53 Peluru Berpandu AntipPesaw­at (Briged ke-53), yang berpangkal­an di Kursk, dalam Persekutua­n Rusia.

Wisma Putra berkata sebagai antara anggota JIT, Malaysia merakamkan penghargaa­n terhadap semua kerja keras anggota JIT yang telah membolehka­n maklumat kritikal berhubung insiden tragik itu dapat dirumuskan.

“Malaysia memuji kemajuan yang dicapai dalam perkara itu,” katanya.

Wisma Putra berkata Malaysia telah secara konsisten menggesa dan menyokong proses penyiasata­n yang telus, bebas dan menyeluruh.

Justeru, katanya Malaysia mengulangi gesaan JIT meminta orang ramai tampil untuk membantu proses penyiasata­n dan menyalurka­n keterangan sokongan tambahan terhadap dalang dan pihak yang terlibat secara langsung bagi memastikan keadilan ditegakkan.

“Ingatan dan doa kami sentiasa bersama-sama keluarga dan orang tersayang penumpang dan anak kapal MH17 yang sedang bersedih.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kami kepada mereka untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi memastikan insiden tragik ini menemukan penamatnya,” kata Wisma Putra.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014. Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia