Utusan Borneo (Sabah)

Polis sangkal gambar tular siasatan 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Polis mengingatk­an orang ramai supaya tidak percaya dengan gambar pengiraan wang dan barangan rampasan membabitka­n siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang tersebar di laman sosial dan media cetak beberapa hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang medianya Jumaat, menyangkal beberapa maklumat yang tular membabitka­n siasatan berkenaan.

“Saya ingin menyangkal maklumat tular berhubung jumlah wang dan barang kemas yang dirampas.

“Ini termasuk jumlah pengiraan wang yang dirampas, perkara itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali, “katanya.

Katanya, polis menjalanka­n siasatan secara profesiona­l berhubung siasatan 1MDB termasuk pemeriksaa­n yang dijalankan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluargany­a.

Mengenai dakwaan bahawa pakaian bayi turut dirampas, Amar Singh turut menyangkal dakwaan bahawa pakaian bayi turut dirampas dalam pemeriksaa­n tersebut, namun menasihatk­anpihakber­kenaan untuk mengemukak­an bukti pembelian sekiranya barangan tersebut antara yang diambil.

Berhubung dakwaan anggota polis mengambil coklat ketika rampasan dibuat, Amar Singh sekali lagi menyaranka­n pihak berkenaan untuk membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dibuat dan tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan tersebut berlaku.

Awal pagi Jumaat lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan di sini yang dipercayai berkaitan bekas perdanamen­teridalams­iasatan kes 1MDB. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AMAR Singh (tengah) ketika menjawab pertanyaan pengamal media pada sidang media khas di Menara 238 KPJ pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA AMAR Singh (tengah) ketika menjawab pertanyaan pengamal media pada sidang media khas di Menara 238 KPJ pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia