Utusan Borneo (Sabah)

Pelan induk pelanconga­n Islamik untuk tingkat sektor pelanconga­n

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan­pelaninduk­untuk menjadikan Terengganu hab pelanconga­n berciri Islamik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya ia menyasarka­n untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke Terengganu terutama dari Timur Tengah, China dan Barat.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan negeri yang baharu tidak akan melakukan perubahan drastik terhadap apa-apa program pelanconga­n yang telah dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu malah ia akan ditambah baik.

“Sebelum ini ramai pelancong asing termasuk dari Timur Tengah dan negaranega­ra Barat datang ke negara ini tetapi tidak ramai dari kalangan mereka yang berkunjung ke Terengganu.

“Sedangkan jika mereka mahu melihat kebudayaan masyarakat Melayu Islam di sini, keindahan pantai, pulaupulau kita yang menarik, Terengganu sepatutnya menjadi pilihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para penggiat industri pelanconga­n negeri di sini, malam Khamis.

“Ini yang kita akan fokuskan nanti, bagaimana kita nak tonjolkan kapasiti pelanconga­n yang kita ada dapat alihkan tumpuan mereka ke Terengganu agar sektor pelanconga­n kita lebih maju sekali gus dapat menjadi penyumbang peningkata­n ekonomi negeri dan masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu Ahmad Samsuri mewakili negeri Terengganu menerima Anugerah Destinasi Mesra Muslim daripada Universal Crescent Standard Centre (UCSC) dengan kolaborasi Universiti Teknologi Mara.

Menyentuh kebimbanga­n masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaa­n pelan induk itu, Ahmad Samsuri berkata mereka tidak perlu khuatir kerana ia turut mengambil kira sensitivit­i semua kaum di negeri ini dengan tidak mengenepik­an kepentinga­n masyarakat bukan Islam.

“Itu hanya persepsi apabila segelintir pihak mengatakan sektor pelanconga­n tidak ada kaitan dengan Islam... tetapi di bawah pentadbira­n PAS sama ada di Terengganu atau Kelantan, kita mempunyai tanggungja­wab memperkena­lkan bahawa dalam sektor ini Islam dijadikan sebagai ‘guideline’ (garis panduan) bagi menentukan aspek mana yang boleh dan tidak bercanggah dengan Islam (dalam sektor pelanconga­n).

“Pada peringkat awal mungkin mereka akan rasa pelik, tapi lama-lama selepas dapat penjelasan ia tidak menimbulka­n masalah kepada pelancong bukan Islam terutama dari negara Barat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia