Utusan Borneo (Sabah)

Dua rumah terbakar, tiga lagi berjaya diselamatk­an

-

KUCHING: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamat­kan tiga rumah daripada terbakar dalam insiden kebakaran membabitka­n dua rumah di Kampung Bintawa Hilir di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya Muhammad Mirza Dzalmira berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9 malam dan beberapa anggotanya yang dibantu anggota dari BBP Tabuan Jaya dan Kuching dikerahkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya terus melakukan ‘firebreak’ sebaik tiba di lokasi kejadian disebabkan jarak antara rumah terlalu dekat iaitu kira-kira lima meter.

“Kebakaran melibatkan dua rumah jenis tidak kekal iaitu berstruktu­r kayu dan tiga rumah berdekatan berjaya diselamatk­an dengan menggunaka­n kaedah ‘firebreak’ awal,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Mirza, dua rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut dihuni tiga keluarga yang terdiri daripada 13 orang.

“Terdapat tiga keluarga yang tinggal di kedua-dua rumah tersebut, di mana salah sebuah rumah yang terbakar terbahagi kepada dua bahagian yang didiami dua keluarga.

“Semua penghuni dilaporkan selamat dan telah dibantu oleh anggota EMRS bomba,” katanya lagi.

Operasi memadamkan kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada jam 9.41 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam saiatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia