Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tumpu tiga program utama

-

KUCHING: Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri tahun ini menumpukan tiga program utama sepanjang 22 Mei hingga 23 Jun 2018 melibatkan tiga bahagian.

Menteri Utiliti merangkap Pengerusi Pengelola Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, antaranya Bazar Gawai Dayak yang diadakan di tiga bahagian iaitu Kuching, Sibu dan Bintulu.

“Selain itu Perarakan GawaiDayak­atau‘NitiDaun’ yang diadakan di Tebingan Kuching pada 22 Jun 2018 dan acara kemuncak, Majlis Makan Malam Gawai Dayak pada 23 Jun 2018 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Kuching.

“Pada tahun ini tema perayaan sambutan Gawai Dayak tahun ini ‘Segulai Sejalai Nengah Jeman Digital’,” katanya melalui satu kenyataan media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Majlis Sambutan Gawai Dayak 2018.

Dr Rundi berkata, bagi bazar Gawai di Bintulu ia diadakan di Commerce Square Mall yang berlangsun­g pada 22 hingga 27 Mei dengan 23 gerai jualan telah disediakan kepada pengusaha komuniti Dayak.

Bagi bazar Gawai di Sibu akan diadakan bermula 13 hingga 17 Jun 2018, yang tempatnya akan dimaklumka­n kemudian sementara di Kuching di Tebingan Kuching pada 18 hingga 22 Jun 2018, katanya.

“Selain itu bazar Gawai dan pameran di PCC juga diadakan pada 23 Jun bermula dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam.

“Mereka yang berminat untuk memohon menyertai bazar Gawai di lokasi dinyatakan boleh menghubung­i urus setia Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di bahagian Kuching dan Sibu,” katanya.

Beliau memberitah­u, pelbagai aktiviti telah dirancang semasa bazar Gawai tersebut seperti persembaha­n kebudayaan dan pelbagai aktiviti lain bertujuan menarik orang ramai untuk bersama memeriahka­nnya.

Bagi perarakan Gawai Dayak, ia diadakan pada 22 Jun 2018 bermula dari jam 3 petang di Tebingan Kuching yang menyaksika­n perarakan masyarakat Dayak daripada pelbagai suku kaum dengan pakaian tradisiona­l masingmasi­ng.

Dijangka sebanyak 100 kontinjen dengan anggota 40 peserta setiap kontinjen akan menyertai perarakan dan program akan disertai penaung dan penasihat, dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

“Perarakan akan menjemput ‘Bujang Berani’, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan polis selain pemenang Pertanding­an Kumang dan Keling Gawai dari semua bahagian di Sarawak,” kata Dr Rundi.

Sementara itu, Majlis Makan Malam pada 23 Jun dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Turut hadir pada majlis makan malam itu nanti, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta barisan kabinet lain.

 ??  ?? DR Rundi (tengah) bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga setiausaha jawatankua­sa induk majlis, Datu Jaul Samion (kiri), Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil (tiga kiri) dan yang lain semasa mesyuarat jawatankua­sa induk.
DR Rundi (tengah) bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga setiausaha jawatankua­sa induk majlis, Datu Jaul Samion (kiri), Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil (tiga kiri) dan yang lain semasa mesyuarat jawatankua­sa induk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia