Utusan Borneo (Sabah)

Jeritan dari sungai

Warga emas hilang dikhuatiri lemas selepas hadiri majlis pra-Gawai

-

JULAU: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Entabai, Julau ketika dalam perjalanan pulang setelah menghadiri majlis pra-Gawai di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entabai dekat sini, malam Rabu.

Mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Anjan Nyua,66,dariRumahA­nding, Nanga Jemak, Julau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menaiki perahu seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai majlis tersebut.

“Menurut maklumat, setelah selesai majlis tersebut, mangsa balik ke rumah panjang di bahagian hulu sekolah terbabit.

“Sekitar jam 1 atau 2 pagi, beberapa penduduk dari Rumah Minggat, Nanga Sayong terdengar seseorang menjerit meminta tolong dari arah sungai terbabit.

“Namun setibanya mereka di tebing sungai berkenaan, penduduk hanya melihat perahu berenjin sangkut hanyut, tetapi mangsa tidak kelihatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis.

Pada masa yang sama juga, anak mangsa mengesahka­n perahu dan enjin sangkut terbabit adalah milik bapanya.

Menurut Nicholas, sebelum dilaporkan hilang mangsa dilihat memakai baju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang.

“Sehingga jam 4.30 petang (semalam), pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui mangsa,” katanya lagi.

Turut terlibat dalam SAR ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei dan penduduk kampung.

 ??  ?? PERAHU milik mangsa (berwarna hijau) ditemui hanyut oleh penduduk rumah panjang. Manakala gambar kecil Anjan.
PERAHU milik mangsa (berwarna hijau) ditemui hanyut oleh penduduk rumah panjang. Manakala gambar kecil Anjan.
 ??  ?? LOKASI perahu mangsa ditemui.
LOKASI perahu mangsa ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia