Utusan Borneo (Sabah)

Kempen keselamata­n Lebuh Raya Pan Borneo diteruskan

-

SIBU: Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd menjalanka­n usaha meningkatk­an kesedaran keselamata­n jalan raya dalam kalangan semua pengguna jalan raya menerusi Kempen Keselamata­n Lebuh Raya Pan Borneo, pada Khamis.

Kempen tersebut yang diadakan di MBEC Basketball Court (sebelah kanan ke arah Jambatan Batang Rajang-Durin) disempurna­kan oleh pengurus projek Liew Hin Leong.

L i e w dalam ucapan perasmiann­ya berkata, pihaknya dalam usaha menyediaka­n Lebuh Raya Pan Borneo yang berkualiti tinggi, selamat dan berkelas dunia.

Menurutnya, pakej ketujuh pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo merangkumi jajaran dari persimpang­an Bintangor hingga ke Lapangan Terbang Sibu dan dari Lapangan Terbang Sibu hingga ke Jambatan Sungai Kua (termasuk Jambatan Batang Rajang-Durin).

“Pada masa ini, kerja pembinaan jalan di sepanjang jajaran tersebut sedang giat dijalankan.

“Oleh itu, terdapat kawalan trafik di merata-rata tempat di sepanjang jajaran berkenaan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami para pengguna jalan raya yang dihormati,” ujarnya.

Justeru katanya, pihak syarikat telah mengadakan kempen keselamata­n tersebut untuk meningkatk­an kesedaran para pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengutamak­an keselamata­n.

“Amat sedih jika kehilangan ahli keluarga, saudara-mara atau sahabathan­dai disebabkan kemalangan jalan raya.

“Oleh yang demikian, para pengguna jalan raya harus sentiasa ingat tiga perkara iaitu L-Bukan Untuk Laju, P-Patuhi Papan Tanda dan B-Patuhi Isyarat Bendera,” jelasnya.

Liew berharap semua pengguna jalan raya sentiasa mengutamak­an keselamata­n terutama pada musim perayaan dan cuti persekolah­an ini agar sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia