Utusan Borneo (Sabah)

Sektor pembuatan penyumbang GDP

KPP akan pertingkat aktiviti perindustr­ian di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (KPP) akan memperting­katkan lagi aktiviti perindustr­ian bagi memperting­katkan sumbangan sektor pembuatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk negeri Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata pada masa ini sektor pembuatan hanya memberi sumbangan sebanyak tujuh peratus kepada ekonomi negeri ini.

“Kita mahu berusaha sehingga mencapai ke tahap sehingga 35 peratus sumbangan sektor pembuatan kepada GDP,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan Sedco 1439H/2018, bertempat di Hyatt Regency Kinabalu, di sini pada Khamis.

Katanya, jika dilihat kepada sektor kelapa sawit dengan mengemblen­gkan kekuatan sumber yang ada dalam masa 20 tahun, sasaran untuk mencapai 35 peratus sumbangan sektor pembuatan kepada GDP dapat dicapai.

“Selain sektor kelapa sawit, kita juga ada minyak dan gas dan sektor pembuatan yang lain,” katanya.

Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian berkata dari segi destinasi pelaburan, perindustr­ian sudah ada, contohnya di POIC Lahad Datu mempuyai 4,000 hektar dan daripada jumlah itu, 1,000 hektar sudah dibangunka­n.

“Begitu juga di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) dan sebagainya,” katanya.

Katanya, Pantai Timur mempunyai potensi pelaburan perindustr­ian amat tinggi, khususnya di Lahad Datu yang mempunyai pelabuhan dan logistik terbaik.

“Selain itu, kita perlu pertingkat­kan lagi komunikasi dan keperluan untuk memperkena­lkan kepada dunia tentang peluangpel­uang yang ada di Sabah.

“Banyak sumber yang berpotensi di Sabah masih tidak diketahui dunia, antaranya mendirikan kilang contohnya kilang tayar.

“Apabila kita lihat bahan mentah dari segi getah asli sahaja mungkin tidak mencukupi, tetapi selain daripada Petroleum sebagai sumber untuk tujuan ini, sebenarnya CPO juga menjadi antara salah satu bahan mentah.

“Jadi banyak potensi di Sabah yang kita boleh lakukan untuk perindustr­ian. Apa

“Pada masa ini sektor pembuatan hanya memberi sumbangan sebanyak tujuh peratus kepada ekonomi negeri ini. Kita mahu berusaha sehingga mencapai ke tahap sehingga 35 peratus sumbangan sektor pembuatan kepada GDP. ” DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Timbalan Ketua Menteri

yang kita perlukan ialah untuk memperkuku­hkan pasukan dan meletakkan polisi yang tempat yang betul,” katanya.

Pada majlis itu, Sedco turut menyampaik­an sumbangan kepada masjid dan surau, Anak-Anak Tahfiz Al-Quran Darul Qalam dan Anak-Anak Yatim Madarasah Waqaf

Islamic Sabah (MAWIS).

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sarippudin Hatta, Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong, Pengerusi Sedco Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran dan Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

 ??  ??
 ??  ?? MADIUS menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anak sekolah tahfiz.
MADIUS menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang anak sekolah tahfiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia