Utusan Borneo (Sabah)

SugarBun tawar bubur lambuk Kombo Ramadan

-

KOTAKINABA­LU:Kombo Ramadan SugarBun sangat popular pada bulan Ramadan pada setiap tahun kerana pelanggan dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Bukan sahaja makanan yang digemari anak-anak tetapi juga pilihan yang banyak untuk ibu bapa.

Tahun ini, SugarBun menawarkan kepada pelanggan hidangan baharu khusus untuk bulan puasa, iaitu bubur lambuk, juga dikenali sebagai ‘bubur Ramadan’ hidangan istimewa dalam bulan Ramadan di Malaysia.

Kami percaya bahawa selepas sehari berpuasa, berbuka puasa dengan sesuatu yang lembut seperti bubur lambuk akan memberi rasa keselesaan dan akan mengurangk­an ketegangan perut.

Bahan-bahan seperti ayam, lobak merah, rempah ratus dan santan menjadikan bubur lambuk enak dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan.

Setiap tahun, SugarBun memberi buah kurma percuma untuk setiap pembelian kombo Ramadan termasuk tahun ini.

Pelanggan boleh menikmati ayam brosted yang terkenal dengan kombo yang dihidangka­n bersama bubur lambuk berharga RM29 (hidangan untuk 2-3 orang).

Sekiranya anda mempunyai selera yang tinggi atau lebih ramai ahli keluarga, hidangan kombo untuk 4-5 orang boleh didapati dengan harga RM49.

Bubur lambuk boleh didapati dengan satu minuman pada harga kombo RM7 atau RM5.90 untuk ala carte.

Pada bulan Ramadan ini, SugarBun ingin megucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

 ??  ?? KAKITANGAN SugarBun menunjukka­n hidangan Kombo Ramadan yang ditawarkan.
KAKITANGAN SugarBun menunjukka­n hidangan Kombo Ramadan yang ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia