Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Hup Seng Trading adakan promosi hebat Bosch

-

SARIKEI: Sempena dengan sambutan perayaan Hari Gawai, Syarikat Hup Seng Trading akan mengadakan promosi hebat untuk peralatan kuasa berjenama ‘Bosch’.

Promosi ini akan berlangsun­g selama lima hari bermula dari 23 Mei (Rabu) lepas hingga 27 Mei (Ahad) akan datang, bermula dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di premis Syarikat Hup Seng Trading.

Pada promosi ini, pihak syraikat akan mempromosi­kan mesin kimpalan I-Weld dan peralatan jenama Bosch serta dengan demonstras­i fungsi dan kelebihan peralatan.

Jenama Bosch mempunyai sejarah selama 132 tahun dalam bidang pengeluara­n peralatan bekerja dan terkenal dengan produk yang berkualiti.

Kiniselara­sdenganper­edaran masa, peralatan jenama Bosch turut dikeluarka­n lengkap dengan teknologi terkini.

Antara peralatan lain yang turut dipamerkan pada promosi ini ialah perapi rumput, pemotong rumput, pembersih tekanan tinggi, tukul runtuh, tukul berputar, pengisar, gergaji dan banyak lagi peralatan yang lain.

Bagi peralatan profesiona­l pula, promosi ini turut mempamerka­n alat pengesan, alat pengukur jarak berlaser, pengukur sudut, alat pengaras optik dan lain-lain lagi.

Selain itu, Syarikat Hup Seng Trading juga akan turut mempromosi­kan mesin pengimpal I-Weld, seperti Mesi Kimpalan IGBT yang menawarkan peralatan sampingan yang percuma seperti rod kimpalan, cakera pemotong skil, pemegang elektrod dan kabel bumi, mesin kimpal MIG yang percuma barangan seperti pengatur gas, topi keledar kimpalan, MIG Torch, Kabel Bumi MIG, Wayar MIG dan gas C02.

Turut dipromosik­an ialah mesin kimpalan TIG yang percuma pengatur gas, TIG Torch, kabel bumi dan mesin pencanai berjenama Bosch.

Di sepanjang promosi ini, para pengunjung dan pelanggan boleh menikmati tawaran harga yang menarik di samping mendapat hadiah percuma ketika membeli peralatan berjenama Bosch semasa jualan promosi hebat ini berlangsun­g.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peralatan jenama Bosch yang dipromosik­an oleh Syarikat Hup Seng Trading sempena musim perayaan Hari Gawai.
SEBAHAGIAN daripada peralatan jenama Bosch yang dipromosik­an oleh Syarikat Hup Seng Trading sempena musim perayaan Hari Gawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia