Utusan Borneo (Sabah)

Penggemar Durian Musang King jangan lepas peluang

-

SIBU: Orang ramai yang ingin merasai buah durian, Musang King atau penggemarn­ya bolehlah berkunjung ke Lot 98, Jalan Wong King Huo di sini, hari ini (Sabtu).

Didatangka­n khas dari Semenanjun­g Malaysia iaitu di negeri Raub, Pahang buah itu akan tiba dengan kuantiti yang banyak untuk dijual kepada warga Sibu mulai hari ini.

Menurut Master Chen atau David Chen yang berpengala­man selama lebih 20 tahun dalam penanaman Durian Musang King, selain menjual buah tersebut, mereka akan turut menjual anak pokok durian Musang King.

“Buah ini dijual dengan harga mencecah lebih RM75 sekilogram­mengikutgr­ednya. Dan gred yang terbaik iaitu Gred A, ia mencecah RM150 sekilogram. Ternyata ia sangat mahal berbanding durian tempatan lain.

“Bagi anak pokoknya, kita menjual dari RM75 hingga RM600 mengikut ketinggian­nya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Durian Musang King Kawasan Wilayah Tengah Kapitan So Teck Kee dan Pengurus Master Chen Durian Musang King bagi nurseri Sibu Augustine So.

Jelasnya, dengan isi kuning, manis serta empuk, variasi durian ini dicari bukan sahaja oleh penduduk tempatan bahkan para pelancong asing menyebabka­n harganya begitu tinggi.

“Kini para pekebun atau sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menanam buah ini boleh berbuat demikian kerana saya menawarkan anak-anak pokok Musang King untuk dijual di pusat kita ini,” katanya lagi.

Chen yang berasal dari Kaohsiung, Taiwan berkata, selain daripada jualan beliau juga turut menawarkan khidmat nasihat secara percuma berkenaan penanaman dan penjagaan anak-anak pokok Musang King ini.

“Ini perlu kerana petani dan penanam perlu ada pengetahua­n yang betul untuk menanam Durian Musang King,” katanya.

Selain itu, pokok Durian Musang King memerlukan baja dan racun serangga (jika perlu).

Para pelanggan yang membeli anak-anak pokok akan ditunjuk ajar caracara menanamnya di kebun mereka.

“Memandangk­an harga tinggi ekoran permintaan yang begitu besar, sepohon pokok Durian Musang King berpotensi menjana pendapatan sehingga RM30,000 setahun kepada para pekebun,” kata Chen.

Penanaman Durian Musang King mempunyai masa depan yang cerah dan mampu menjana pendapatan lumayan kepada pekebun jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia