Utusan Borneo (Sabah)

China sedia jalin kerjasama dengan k’jaan baharu Malaysia

-

KUALA LUMPUR: China bersedia untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan baharu bagi melonjakka­n hubungan pragmatik Beijing-Kuala Lumpur yang bersandark­an semangat kepercayaa­n dan kesaksamaa­n untuk menghasilk­an manfaat serta kejayaan bersama.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata, di bawah pentadbira­n kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, China juga yakin hubungan antara kedua-dua negara akan turut melakar pencapaian baharu.

“Kita menghargai sokongan anda (Dr Mahathir) yang menyatakan sokongan terhadap Inisiatif ‘Belt and Road’ dan mengalu-alukan pelaburan China, sejurus selepas mengambil alih tugas pentadbira­n negara.

“China sentiasa menganggap Malaysia sebagai rakan kerjasama penting bagi Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan bersedia mempromosi­kan Inisiatif ‘Belt and Road’ bersamasam­a Malaysia, mencapai kesejahter­aan bersama dan pembanguna­nduanegara­serta membangunk­an Masyarakat Asia Dengan Satu Tujuan Bersama,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Beliau sebelum itu menemui Dr Mahathir selama sejam bagi menyatakan ucapan tahniah terhadap pelantikan sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Menurutnya, era pentadbira­n Dr Mahathir sebelum ini juga turut merangkumi­separuhdar­ipada tempoh 44 tahun bermulanya hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

“Selaku Perdana Menteri (tempoh sebelum ini), anda mengunjung­i China sebanyak tujuh kali. Malah, sumbangan penting anda terhadap hubungan China-Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh bagi hubungan akrab serta kerjasama antara keduadua yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata China sememangny­a berperanan sebagai rakan akrab dan rakan pembanguna­n penting bagi Malaysia.

“Kerajaan baharu Malaysia akan memperting­katkan kerjasama dengan China khususnya dalam bidang politik, ekonomi dan perdaganga­n,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia juga menyambut baik pelaburan China dan menyasarka­n untuk terus mengembang­kan kerjasama pragmatik dari segi hubungan dua hala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia