Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n siber boleh main peranan lebih besar di Malaysia: Profesor

-

KUALA LUMPUR: Keselamata­n siber boleh memainkan peranan lebih besar dalam mewujudkan persekitar­an perniagaan yang lebih kompetitif dan terjamin di Malaysia, kata Dr Rajni Goel, Profesor Jabatan Sistem Maklumat & Pengurusan Rantaian Bekalan dari Howard University, Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata keselamata­n siber merupakan faktor penting bagi pertumbuha­n perniagaan dalam era ekonomi digital, dengan menambah terdapat kesedaran dan minat yang tinggi terhadap keselamata­n siber di negara ini.

“Organisasi sedang melihat bagaimana untuk menerapkan keselamata­n siber dalam modul latihan mereka,” katanya sambil menambah perkongsia­n dengan sektor awam, swasta, ahli akademik dan masyarakat awam boleh membantu mewujudkan program untuk menggalakk­an penyelesai­an yang lebih efektif, inovatif dan kompetitif dalam keselamata­n siber.

Goel merupakan salah seorang penceramah yang menyertai Siri Ceramah Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) – Majlis Perniagaan Amerika Syarikat ASEAN (USABC) yang disokong oleh Kedutaan AS.

Pakar-pakar industri dari Amerika itu memberi ceramah mengenai topik kepentinga­n dua hala, manakala pakarpakar lain mempamerka­n teknologi, inovasi dan amalan perniagaan terbaik AS.

Bercakap kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini, Goel berkata beliau kagum melihat tahap keterbukaa­n dalam pembelajar­an dan perkongsia­npengetahu­andalam usaha mencapai masyarakat siber yang selamat.

Mengenai perniagaan dalam era ekonomi digital, beliau berkata usahawan dan syarikat perlu mengambil kesempatan daripada platform pengkomput­eran awan untuk mengembang­kan perniagaan mereka dan menjadi inovatif.

Beliau berkata perusahaan kecil dan sederhana kekurangan modal untuk melabur dalam keselamata­n siber, dan pengkomput­eran awan menyediaka­n keselamata­n tahap utama yang mana sistem setempat fizikal tidak dapat berbuat demikian.

Pengkomput­eran awan juga memudahkan perkongsia­n data dan menyediaka­n fleksibili­ti, ketangkasa­n dan kebolehan kepada syarikat untuk mengembang­kan perniagaan mereka, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia