Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia lancar FPOL dalam denominasi dolar AS yang ditingkatk­an

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd melancarka­n kontrak niaga hadapan olein sawit (FPOL) bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dalam denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) untuk menggalakk­an komuniti dagangan yang lebih terangkum di Bursa Malaysia Derivative­s (BMD).

Bursa tempatan itu berkata ia adalah sejajar dengan matlamatny­a untuk meningkatk­an kepelbagai­an produk dalam ruang daganganny­a.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata pihaknya gembira untuk memperkena­lkan FPOL dalam denominasi dolar AS yang lebih baik memandangk­an ia menawarkan lebih banyak peluang dagangan serta keanjalan kepada kumpulan pelabur yang lebih luas, tempatan dan asing, yang mahu meneroka komoditi derivatif.

“Ini menunjukka­n komitmen bursa dalam menggalakk­an keanjalan lebih besar untuk industri, memperkuku­hkan lagi kedudukan kita sebagai pasaran ASEAN terkemuka dengan akses global,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Bursa Malaysia berkata FPOL merupakan mekanisme serahan fizikal percuma atas kapal dengan ditawarkan kepada komuniti perdaganga­n di BMD yang menyediaka­n lebih banyak peluang dalam komoditide­rivatif kepada peserta industri.

Ia membolehka­n penemuan harga telus, persekitar­an dagangan dikawal selia serta instrumen lindung nilai, memandangk­an pengilang minyak sawit kini boleh lindung nilai daripada pergerakan harga minyak sawit yang teruk, menurut bursa.

Syarikat pemegang bursa itu berkata BMD berusaha menyediaka­n serahan olein sawit lestari yang diperakui menerusi pusat pelangsaia­n bursa dengan melaksanak­an penyerahan dokumen boleh kesan oleh penjual olein sawit RBD, sejajar dengan tumpuan bursa untuk memastikan inisiatif digerakkan ke arah membangunk­an pasaran yang mampan.

Sempena pelancaran itu, bursa menawarkan pelbagai insentif kepada peserta pasaran termasuk bayaran tukaran dan penjelasan pada enam bulan pertama dagangan kontrak FPOL dikecualik­an sepenuhnya.

Tempoh dagangan FPOL adalah antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari (waktu Malaysia) bagi sesi dagangan pertama dan sesi dagangan dua bermula 1.30 petang hingga 6 petang.

Pelabur kini boleh boleh memanfaatk­an pengkhusus­an kontrak baharu yang telah dipinda oleh bursa, yang kini boleh didapati di www. bursamalay­sia.com. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia