Utusan Borneo (Sabah)

Jaga badan di bulan puasa

-

SETIAP tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa mulai subuh hingga magrib sepanjang bulan Ramadan selama 30 hari.

Sepanjang bulan Ramadan ini kita dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m di antara kita dan dapat peluang untuk beramal lebih kepadaNya. Antara perkara menarik semasa bulan Ramadan ialah kita dapat merasai pelbagai aneka jenis makanan di bazar Ramadan yang kita tidak akan temui selain bulan puasa. Juadah yang pelbagai semestinya memeriahka­n lagi suasana Ramadan hingga pagi Syawal.

Di masa bulan puasa ini, kita juga boleh mengambil kesempatan untuk turunkan berat badan supaya tampil lebih cantik dan kacak semasa lebaran nanti. Tapi kalori seharian haruslah dikawal supaya berat badan tidak mendadak naik.

Caranya, hadkan pengambila­n karbohidra­t tinggi atau makanan yang berat seperti nasi,mee goreng atau buger. Sebolehnya jangan tidur selepas sahur kerana membuatkan kalori yang berlebihan bersarang di badan kita dan bertukar menjadi lemak. Kalau hendak tidur biarlah selepas 2 jam setelah selesai proses pencernaan.

Paling mudah untuk pengambila­n makanan ringkas semasa sahur yang sihat adalah susu rendah lemak dicampurka­n dengan kurma dan untuk karbohidra­t pula oat bersama dengan buah pisang.

Minum air jangan berlebihan kerana ia hanya akan menyebabka­n kita lebih haus semasa berpuasa di siang hari kerana proses pembuangan air kencing. Cukup ala kadar sahaja.

Untuk lebih tahu tips kurus dan makanan sihat di bulan puasa? Follow Kim_Azizd di Instagram atau Facebook Kim Azizd.

 ??  ?? KIM AZIZD
KIM AZIZD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia