Utusan Borneo (Sabah)

‘C’est Si Bon’ ~ Filem Korea antara mimpi, cinta dan persahabat­an di TV2

-

SANTAI malam minggu anda diisi dengan tayangan filem Korea bertajuk ‘C’est Si Bon’ yang disiarkan RTM, jam 11.00 malam ini (26 Mei 2018) bagi mengisi slot Layar Asia di TV2.

Menyorot kisah antara mimpi, cinta dan persahabat­an, filem arahan Kim Hyeon-Seuk ini mengisahka­n watak Oh Geun Tae (Jung Woo), adalah seorang mahasiswa berasal dari keluarga nelayan.

Dia secara tiba-tiba diarahkan bergabung dengan dua orang penyanyi berbakat untuk kemudian digelarkan sebagai trio.

Bakat Geun Tae dicungkil oleh Lee Jang Hee (Jang Hyun Suk), seorang produser dari kelab muzik C’est Si Bon.

Keunikan vokal Geun Tae dianggap mampu melengkapi dua penyanyi yang sudah popular sebelumnya, Yoon Hyeong

Joo (Kang Ha Neul) dan Song Chang Sik (Jo Bok Rae).

Melihat potensi dari tiga orang penyanyi ini, Jang Hee bersama Direktor Kim pemilik kelab, sepakat menyatukan mereka sebagai trio bernama C’est Si Bon.

Pada awalnya agak sukar untuk menyatukan ketiga-tiganya dalam sebuah kumpulan.

Mereka sering kali bergaduh terutama Hyeong Joo dan Chang Sik yang merasakan diri mereka terbaik dalam kumpulan itu.

Produser Lee Jang Hee mahu Geun Tae belajar daripada keduanya untuk menjadi pemuzik yang lebih baik.

Akhirnya mereka berserah dan mula menerima antara satu sama lain.

Konflik mula muncul dengan kehadiran wanita cantik bernama Min Ja Young (Han Hyo Joo).

Ja Young adalah anggota grup teater yang juga suka mengunjung­i kelab C’est Si Bon.

Geun Tae dapat melihat kesungguha­n dua pemuda tersebut cuba mendapatka­n gadis itu.

Namun tanpa diduga Ja Young lebih berminat kepada Geun Tae. Mereka mula menjalinka­n hubungan cinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia