Utusan Borneo (Sabah)

Sabas bela nasib masyarakat Sungai

Penubuhann­ya bukan untuk bersaing dengan mana-mana persatuan

- Bersama AMT Sabas dengan sebahagian ahli-ahli Sabas Zon Bukit Garam.

KINABATANG­AN: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) ditubuhkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana persatuan, matlamatny­a adalah untuk membela masyarakat Sungai agar tidak ketinggala­n dengan suku bangsa lain.

Presiden Sabas, Dato Juhari Janan berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih persatuan itu bagi Zon Bukit Garam di kediaman Naib Presiden Sabas Abd Aziz Angau. Turut hadir Pengerusi Sabas Zon Bukit Garam, Sabarodin Hj. Kabirun.

Juhari berkata, penubuhan persatuan itu adalah sebagai jambatan penghubung antara Sabas dengan kerajaan di mana apa juga masalah ahli persatuan akan dapat dikemukaka­n.

“Contohnya, kebajikan ahli seperti masalah ketiadaan rumah, persatuan akan membawa perkara itu kepada kerajaan,” katanya.

Sebab itu, katanya, kewujudan persatuan itu amat penting supaya mayarakat Sungai mempunyai suara kuat dalam membela nasib serta mengangkat martabat masyarakat itu.

“Dengan adanya persatuan kita tidak ketinggala­n dari arus pembanguna­n perdana,” katanya.

Beliau juga mengajak ahli

JUHARI

“Masyarakat Sungai mempunyai jumlah seramai 350,000 orang di seluruh Sabah. Justeru, dengan adanya kesepaduan dibawah persatuan SABAS suara kita akan didengar oleh kerajaan. DATO JUHARI JANAN Presiden Sabas

persatuan itu untuk terus bersatu padu dibawah naungan Sabas.

“Masyarakat Sungai mempunyai jumlah seramai 350,000 orang di seluruh Sabah.

“Justeru, dengan adanya kesepaduan dibawah persatuan SABAS suara kita akan didengar oleh kerajaan,” katanya.

Beliau juga berharap generasi baru Sabas dapat bersiap sedia untuk mengambil alih kepimpinan persatuan kerana tidak selamalama­nya pemimpin yang ada sekarang akan mempimpin persatuan.

“Generasi baru lah yang akan meneruskan kesinambun­gan kepimpinan persatuan kelak,” katanya.

Juhari berkata, Majlis Berbuka Puasa dan solat Terawih yang diadakan itu merupakan program tahunan Sabas.

“Ia bertujuan untuk mengimarah­kan. Bulan Ranadan serta mengeratka­n talisilatu­lrahim dikalangan ahli persatuan itu.

Dimajlis itu seramai 53 orang golongan asnaf menerima sumbangan daripada Sabas dan penerimaan seramai 175 orang ahli baru persatuan itu.

 ??  ??
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? SABARODIN (dua kiri) menyerahka­n borang keahlian baru kepada Juhari (tiga kanan).
SABARODIN (dua kiri) menyerahka­n borang keahlian baru kepada Juhari (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia