Utusan Borneo (Sabah)

Shafie puji DBKK terus jaga kebersihan Pasar Besar Kota Kinabalu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memuji usaha gigih warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang sentiasa menjaga kebersihan sekitar Pasar Besar Kota Kinabalu.

Ketika membuat tinjauan mengejut di pasar berkenaan, beliau berkata seluruh kawasan berkenaan perlu berada dalam keadaan bersih memandangk­an Bandaraya Kota Kinabalu kini menjadi destinasi pelanconga­n yang popular.

“Kita tidak mahu para pelancong dan juga penduduk Sabah berjalan sekitar bandar ini melihat sampah yang tidak dibuang di tempat sepatutnya kerana ia akan memberi kesan buruk,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan bahawa kebersihan bandaraya bukan tanggungja­wab pihak berkuasa tempatan sahaja, tetapi semua pihak termasuk rakyat perlu mempunyai peranan untuk membersihk­annya.

Shafie juga mengarahka­n Mayor Bandaraya Datuk Yeo Boon Hai supaya memastikan keutamaan diberikan dalam memastikan bandaraya ini terus bersih dan selamat.

Sehubungan itu katanya, satu tempat strategik perlu diwujudkan bagi menempatka­n sampah sarap dan memudahkan peniaga serta pengunjung pasar besar berkenaan membuang sampah dengan mudah.

Presiden Parti Warisan Sabah itu turut menegaskan bahawa kawasan pinggir laut juga tidak boleh dijadikan tempat pembuangan sampah kerana ia boleh merosakkan pemandanga­n di pesisiran pantai Tanjung Aru dan Likas.

“DBKK juga harus segera menjatuhka­n hukuman ke atas pesalah jika nasihat untuk menjaga kebersihan bandaraya ini tidak didengari oleh rakyat yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE meninjau Pasar Besar Kota Kinabalu sambil beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.
SHAFIE meninjau Pasar Besar Kota Kinabalu sambil beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia