Utusan Borneo (Sabah)

MAN DISTRUKTUR SEMULA

Mengikut model Mahkamah Syariah atau Sivil

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah akan menstruktu­r semula Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sabah mengikut model Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil khususnya dari segi hierarki.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar berkata pihaknya memiliki agenda besar untuk dilaksanak­an dalam penstruktu­ran semula MAN.

“Mungkin kita akan mewujudkan beberapa jawatan serta menstruktu­r semula MAN yang akan mempunyai Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Dari segi prasarana (untuk MAN), sudah ada beberapa bangunan yang disiapkan di negeri ini, malah kita juga sudah mempunyai Institut Latihan MAN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau Sabah (Asist) Kali Kelapan di Masjid Al-Kauthar di sini pada Ahad.

Aidi berkata sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri di bawah Warisan (dan Pakatan Harapan) memperkena­lkan gred jawatan tertentu untuk MAN.

“Misalnya, Orang Kaya Kaya (OKK) yang mengisi kekosongan jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan MAN sekurang-kurangnya perlulah mempunyai ijazah.

“Ketua Anak Negeri yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi perlu ada diploma, manakala Wakil Ketua Anak Negeri untuk Hakim Mahkamah Rendah pula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Apabila semua perkara terbabit dapat dilaksanak­an oleh Kerajaan Negeri, beliau percaya barulah era baharu MAN untuk perubahan (dan pembaharua­n) dapat diwujudkan.

Menurutnya, kerajaan mahu menyerahka­n hak MAN kepada orang yang berhak, iaitu komuniti KDM yang berhak mengendali­kan MAN seperti ‘sogit’ (denda) dan lain-lain.

“Satu perkara yang sangat penting, kita akan melakukan perubahan drastik mengenai (peruntukan khas) Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992,” katanya.

Beliau berkata seksyen itu menyebut MAN tidak boleh mempunyai bidang kuasa terhadap perkaraper­kara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.

 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia