Utusan Borneo (Sabah)

Tarik pelancong berkunjung kembali

Pastikan permintaan pelancong yang berbeza dapat dipenuhi

-

TAWAU: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew akan mempromosi­kan Sabah sebagai sebuah negeri pelanconga­n untuk memastikan permintaan pelancong yang berbeza dapat dipenuhi dan membawa kepada pembanguna­n ekonomi industri di negeri ini.

Beliau telah sedia maklum akan kepelbagai­an permintaan daripada golongan pelancong antara negara-negara Eropah dan Asia, usaha itu adalah untuk mencapai matlamat kunjungan 1 juta pelancong ke negeri ini dapat dicapai.

“Kami sedang merancang pelan untuk mempromosi­kan Sabah daripada permintaan yang berbeza kerana kita mempunyai infrastruk­tur dan tarikan untuk keduadua permintaan negara berkenaan,” katanya pada sesi perjumpaan dengan 120 pelancong daripada negara China pada Sabtu.

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata Sabah mampu memenuhi permintaan-permintaan itu tetapi masih banyak lagi yang perlu diusahakan oleh kementeria­n beliau.

Beliau berkata isu bayaran perlu dikaji semula untuk tujuan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini dan tidak mahu kerana isu bayaran yang tidak munasabah menjadi penghalang kepada kehadiran pelancong.

“Saya juga telah menerima laporan mengenai isu pelancong yang dikenakan bayaran mahal untuk melawat taman negeri dan bayaran untuk mendaki Gunung Kinabalu, ini perlu kita selidik semula kerana kita ingin melihat pelancong kembali dan bukan terhalang hanya kerana isu bayaran,” katanya.

Beliau berkata sasaran 1 juta pelancong tidak hanya tertumpu kepada pelancong dari negara China sahaja sebaliknya kita mahukan pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke negeri ini dan dalam pada itu, penambahan pelancong dari China perlu diketengah­kan selain usaha menarik pelancong dari negara seperti Korea Selatan dan Taiwan.

Menyentuh kehadiran 120 pelancongi­tu, Christina berkata

“Kami sedang merancang pelan untuk mempromosi­kan Sabah daripada permintaan yang berbeza kerana kita mempunyai infrastruk­tur dan tarikan untuk kedua-dua permintaan negara ” berkenaan. CHRISTINA LIEW Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

lawatan itu dianjurkan oleh sebuah syarikat pelanconga­n sahaja dan menjadi satu usaha untuk mempromosi­kan daerah ini ke dalam dunia pelanconga­n di mana 200 lagi pelancong akan melawat daerah ini pada

13 Julai nanti.

“Ini merupakan peluang kepada daerah ini. Marilah kita bekerjasam­a dalam menerima kunjungan rombongan ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA bersama tetamu yang lain menyaksika­n salah satu tarian tradisi yang dipersemba­hkan pada majlis itu.
CHRISTINA bersama tetamu yang lain menyaksika­n salah satu tarian tradisi yang dipersemba­hkan pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia