Utusan Borneo (Sabah)

Carrybeans buat siaran langsung Unduk Ngadau pada 31 Mei

- Oleh ABDUL NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Unduk Ngadau Kaamatan 2018 Peringkat Negeri akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia oleh Carrybeans, pembekal maklumat digital tempatan, melalui laman Facebook mereka pada Khamis 31 Mei bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Penonton akan dapat menyaksika­n suasana di Hongkod Koisaan Penampang dan merasai perayaan serta aktiviti kebudayaan di sana.

Acara kemuncak pada hari itu ialah Pertanding­an Ratu Cantik Unduk Ngadau dan Carrybeans akan membawa penonton ke dalam Dewan KDCA untuk menyaksika­n pemahkotaa­n pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2018 secara langsung.

Pada tahun 2017, Car r y bea n s juga menyiarkan secara langsung acara y angsama dalam halaman Facebookny­a dan mencatatka­n lebih daripada 285,000 penonton tempatan serta antarabang­sa.

Tahun ini, penyedia digital itu berharap dapat mencapai 300,000 penonton dan membawa Unduk Ngadau terus kepada orang ramai.

“Kami teruja untuk sekali lagi menyiarkan secara langsung Pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Negeri pada 31 Mei 2018 di halaman Facebook kami. Sebagai penyedia maklumat digital, kami sentiasa mencari jalan untuk menunjukka­n kekayaan warisan dan budaya negeri negeri ini di luar Sabah.

“Inisiatif siaran langsung ini bermaksud bukan hanya penonton di Sabah sahaja, tetapi di Semenanjun­g Malaysia dan di seluruh dunia, dapat menghargai Kaamatan dan Unduk Ngadau walaupun mereka tidak dapat hadir secara fizikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Carrybeans Samuel Chiew dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Chiew turut berkata Jawatankua­sa KDCA Sabah Unduk Ngadau Peringkat Negeri yang meluluskan inisiatif itu teruja dengan prospek menjadikan Unduk Ngadau mudah ditonton oleh lebih ramai orang.

Katanya Majlis Wanita KDCA dan Majlis Pemuda KDCA juga memberikan sokongan padu kepada inisiatif berkenaan.

“Oleh kerana inisiatif ini bukan untuk keuntungan, kami berterima kasih kepada Jawatankua­sa Unduk Ngadau peringkat KDCA Sabah, Majlis Wanita KDCA dan Majlis Pemuda,” katanya. ww

 ??  ?? CARRYBEANS pernah menyiarkan Unduk Ngadau 2017 secara langsung melalui Facebook.
CARRYBEANS pernah menyiarkan Unduk Ngadau 2017 secara langsung melalui Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia