Utusan Borneo (Sabah)

Pewujudan kementeria­n langkah tepat

Tambah baik khidmat kesihatan di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pewujudan portfolio baharu dalam Kabinet negeri iaitu Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah adalah langkah tepat yang diambil oleh kerajaan pada masa kini.

Perunding Perubatan dan Pakar Gastroente­rologi Hospital KPJ Specialist Kota Kinabalu Dr Nerenthran Loganathan berkata, menerusi portfolio baharu yang diterajui oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong itu, perkhidmat­an kesihatan di negeri ini akan bertambah baik.

“Saya rasakan ini adalah keputusan yang baik memandangk­an masalah kesihatan di Sabah tidak sama dengan masalah yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia.

“Akses fasiliti perubatan di luar bandar juga masih agak rendah... jika ada kementeria­n kesihatan sendiri, ia akan memberi manfaat kepada rakyat terutamany­a penduduk kampung untuk mendapatka­n fasiliti yang lebih baik,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerja pengawalan dan pencegahan bagi kes penyakit yang sering berlaku di pelosok negeri ini seperti tuberkulos­is (batuk kering) dan wabak malaria akan mudah dilaksanak­an.

Dr Nerenthran menjelaska­n, tahap kes penularan penyakit berkenaan juga adalah jauh berbeza jika dibandingk­an dengan kes yang berlaku di Semenanjun­g seperti demam denggi.

“Ini menjadi penyelesai­an terbaik yang dilaksanak­an oleh kerajaan untuk penjagaan dan rawatan kesihatan yang akan lebih memfokuska­n secara menyeluruh di negeri ini.

“Pada masa sama, sudah tentu beberapa organisasi perubatan di bawah kementeria­n ini juga akan terus bertambah bagi memberi perkhidmat­an di setiap kawasan,” katanya.

“Saya rasakan ini adalah keputusan yang baik memandangk­an masalah kesihatan di Sabah tidak sama dengan masalah yang berlaku di Semenanjun­g Malaysia. Akses fasiliti perubatan di luar bandar juga masih agak rendah... jika ada kementeria­n kesihatan sendiri, ia akan memberi manfaat kepada rakyat terutamany­a penduduk kampung untuk mendapatka­n fasiliti yang ” lebih baik. DR NERENTHRAN LOGANATHAN

Perunding Perubatan dan Pakar Gastroente­rologi Hospital KPJ Specialist Kota Kinabalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia