Utusan Borneo (Sabah)

Tidak henti operasi pasar malam

Penambahba­ikan akan dilaksana demi keselesaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong menegaskan operasi Pasar Malam Kim Fung tidak akan dihentikan, sebaliknya diteruskan seperti biasa walaupun berlaku pertukaran pemerintah­an.

Malah, beliau berkata beberapa penambahba­ikan akan dilaksanak­an kelak demi kebaikan dan keselesaan para peniaga dan pengunjung.

“Saya diberitahu oleh para peniaga mengenai desasdesus yang pasar malam ini akan ditutup dan tidak beroperasi lagi setelah kerajaan bertukar. Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini adalah fitnah.

“Pasar malam yang beroperasi pada setiap Sabtu ini akan diteruskan seperti biasa,” katanya selepas mengadakan tinjauan turun padang ke Pasar Malam Kim Fung di sini.

Dalam lawatan itu, beliau bersama 10 ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut mengumpul dan meneliti beberapa permasalah­an yang dihadapi oleh peniaga dan pengunjung.

Calvin berkata, antara isu yang dikenalpas­ti termasuk kekurangan tapak gerai, kos sewa tapak yang mahal serta keadaan pasar malam yang gelap ekoran kekurangan lampu.

“Sekiranya pasar malam ini gelap akibat tidak cukup lampu, sudah pasti ia menjadi salah satu faktor kenapa pengunjung tidak ramai dan peniaga juga susah berniaga,” katanya.

Katanya pasar malam itu seharusnya ditambah baik agar lebih meriah sekaligus membantu peniaga meningkatk­an kadar jualan dan pengunjung juga dapat banyak pilihan untuk berbelanja.

Bagaimanap­un, beliau berharap agar masyarakat dapat memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk menyelesai­kan masalah itu secara berperingk­atperingka­t.

“Saya diberitahu oleh para peniaga mengenai desas-desus yang pasar malam ini akan ditutup dan tidak beroperasi lagi setelah kerajaan bertukar. Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini adalah fitnah. Pasar malam yang beroperasi pada setiap Sabtu ini akan diteruskan seperti biasa.

CALVIN CHONG Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura

 ??  ?? CALVIN (kiri) beramah-mesra dengan para peniaga ketika tinjauan turun padang ke Pasar Malam Kim Fung.
CALVIN (kiri) beramah-mesra dengan para peniaga ketika tinjauan turun padang ke Pasar Malam Kim Fung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia