Utusan Borneo (Sabah)

Tandas di Lapangan Terbang Tawau bersih

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew memberikan markah 6/10 terhadap tahap kebersihan tandas di Lapangan Terbang Tawau (LTT).

Ahli Parlimen Tawau itu berpuas-hati dengan kebersihan tandas di lapangan terbang terbabit dan berharap pihak pengurusan dapat meneruskan prestasi baik mereka.

“Hari ini apabila saya sampai dari Kota Kinabalu, saya terus ke tandas awam di LTT dan membawa kamera bersama untuk melihat sekiranya tandas-tandas berkenaan bersih.

“Syukurlah tandas-tandas itu bersih dan saya ada mengambil gambar keadaan tandas-tandas terbabit,” katanya semasa ditemui pada sidang media di sini pada Sabtu.

Christinam­ahumenerus­kan pemeriksaa­n mengejut sedemikian dari masa ke semasa tanpa memberitah­u pihak pengurusan kerana ingin melihat realiti keadaan sebenar.

Menurutnya, trend penjagaan tandas yang baik di LTT perlu diteruskan dan diharap lapangan terbang lain juga dapat memastikan kebersihan tandas masingmasi­ng.

“Amat penting untuk kita memastikan kebersihan tandas (kerana lapangan terbang menjadi tumpuan pintu utama keluar-masuk pelancong),” katanya.

Beliau juga berhasrat untuk melawat lima pulau seperti Pulau Manukan, Sapi, Mamutik dan Gaya, kerana ada menerima aduan berhubung tahap kebersihan di pulau terbabit.

 ??  ?? CHRISTINA menunjukka­n rakaman yang dilakukann­ya semasa membuat pemeriksaa­n mengejut di dalam tandas awam LTT.
CHRISTINA menunjukka­n rakaman yang dilakukann­ya semasa membuat pemeriksaa­n mengejut di dalam tandas awam LTT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia