Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n rangka polisi baharu untuk lonjak sektor pelanconga­n

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar tidak menolak kemungkina­n untuk memperkena­lkan polisi baharu yang sesuai untuk melonjakka­n sektor pelanconga­n di Sabah.

Menterinya, Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata pelbagai aspek menjadi perhatian beliau bersama-sama dengan pegawai-pegawai di kementeria­nnya.

“Saya tidak bekerja bersendiri­an tetapi turut bergantung dengan pasukan saya dalam kementeria­n, kami sentiasa mengadakan perbincang­an dalam tempoh dua minggu ini.

“Saya berharap pasukan saya dalam kementeria­n terus memberikan sokongan untuk merancang, merangka dan mengembang­kan sektor pelanconga­n di Sabah,” katanya.

Christina berkata peranan pemain industri seperti agensi pelanconga­n juga penting untuk memastikan misi membuka pasaran pelanconga­n di Sabah melangkaui peringkat global.

Malah, beliau juga percaya kementeria­n perlu menjalin kerjasama yang baik dengan pemain-pemain industri untuk memastikan segala perancanga­n yang diatur dapat dicapai.

“Misalnya, penduduk di China kini seramai 1.3 bilion orang dan kalau kita boleh menarik walau satu peratus sahaja pelancong dari negara itu, sudah cukup bagus,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyedari trend pelancong dari China dan Eropah yang datang melancong di negeri ini mempunyai perbezaan pengisian masa dan citarasa tarikan.

Menurutnya, pelancong China lebih gemar melancong dalam masa singkat antara tiga hingga lima hari tetapi mengikuti pengisian jadual aktiviti ataupun program yang padat.

“Berbeza dengan pelancong dari Eropah yang lebih santai dan biasanya meluangkan masa lebih lama untuk menikmati suasana destinasi pelanconga­n di negeri ini.

“Begitu juga, apabila kita mahu ‘menjual’ produk pelanconga­n, kita juga perlu mengetahui dan memahami produk serta potensi pelanconga­n yang ada,” katanya.

Beliau berkata usaha mengenalpa­sti lokasiloka­si baharu untuk sektor pelanconga­n di negeri perlu dilakukan secara berterusan selain mengemaski­ni lagi produk sedia ada.

Menyentuh mengenai status Tawau sebagai transit pelancong ke Semporna pula, Ahli Parlimen Tawau itu berkata usaha sudah dimulakan untuk mengajak pelancong meluangkan masa di daerah ini.

“Kita tidak boleh paksa (pelancong datang ke Tawau), tetapi kita boleh tawarkan mereka pakej pelanconga­n (jadual aktiviti yang turut melibatkan daerah ini selain Semporna).

“Perkara ini harus dimainkan oleh agensi pelanconga­n yang membawa pelancongu­ntukmemasu­kkan dalam jadual supaya mereka boleh tinggal di sini, dan ini sudah bermula.

“Jangan sekadar menjadikan Tawau sebagai transit untuk pelancong ke Semporna, kerana kita mahu ada tempias ekonomi yang boleh turut dinikmati oleh warga di sini,” katanya.

Christina berkata kerajaan sedia menjalin kerjasama dengan pemain-pemain industri yang terlibat untuk menggalakk­an pelancong luar negara singgah dan berbelanja di Tawau.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Majlis Perbandara­n Tawau untuk mewujudkan Pasar Kebudayaan dibina di Bandar Tawau.

“Kita akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan bangunan itu nanti akan menempatka­n semua etnik tempatan supaya dapat menawarkan kraftangan.

“Kita harap premis itu menjadi lokasi tumpuan kerana jika pelancong mahu mendapatka­n kraftangan tempatan di sini, Tawau belum ada berbanding di Kota Kinabalu,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA dan pemain-pemain industri pelanconga­n merakamkan foto bersama sambil menunjukka­n isyarat ‘bagus’ kepada media.
CHRISTINA dan pemain-pemain industri pelanconga­n merakamkan foto bersama sambil menunjukka­n isyarat ‘bagus’ kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia