Utusan Borneo (Sabah)

Ayam bakar dalam pasu bunga laris di Kelantan

-

KOTA BHARU: Kelainan yang ditonjolka­n seorang peniaga dalam menyediaka­n hidangan ayam bakar menggunaka­n pasu bunga mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai di negeri ini.

Ayam yang dilumurkan dengan rempah dan madu itu dibakar menggunaka­n arang dalam pasu yang bahagian atasnya ditutup atau ditekup dengan sebuah lagi pasu.

Nurizwan Hafiza Tajudin, 27, berkata beliau menggunaka­n 30 pasu yang diperbuat daripada tanah liat bagi menyediaka­n masakan berkonsepk­an bakar dan kukus.

“Kelembutan ayam masak menggunaka­n pasu juga berbeza dengan cara masakan ayam bakar yang lain sebab ia dibakar dan dikukus,” katanya kepada Bernama di tapak jualan Ayam Bakar Pasu Tekup di Pengkalan Chepa di sini, Ahad.

Nurizwan Hafiza berkata 180 ekor ayam bakar pasu tekup berjaya dijual setiap hari sejak awal Ramadan lalu kerana pelanggan ingin menikmati kelainan masakan serta resepi rempah dan madu yang digunakann­ya.

“Idea ini tercetus pada dua tahun lepas ketika saya bekerja di Melaka, saya lihat ada peniaga yang menjual ayam bakar dalam pasu, jadi saya ambil kaedah ini sebagai inspirasi dan ia mendapat sambutan menggalakk­an di sini,” katanya.

Nurizwan Hafiza berkata sebelum dibakar, ayam tersebut akan diperap semalaman menggunaka­n resepi rempah yang diwarisi daripada keluarga mentuanya.

“Proses membakar ayam dalam pasu mengambil masa selama 35 minit hingga 45 minit dan keseluruha­n bahagian ayam akan masak sekata,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia