Utusan Borneo (Sabah)

Barangan keperluan mencukupi sehingga sambutan Aidilfitri

-

PUTRAJAYA: Bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeria­nnya mengambil langkah proaktif memastikan bekalan mencukupi melalui peningkata­n pengeluara­n tempatan dan menambahka­n kuota import bagi beberapa negara terpilih serta melaksanak­an sekatan eksport ikan ke luar negara.

“Perancanga­n bagi menjamin bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi bagi menghadapi musim perayaan telah dibuat sejak tiga bulan yang lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Salahuddin, bagi tempoh sebulan musim perayaan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, anggaran jumlah pengeluara­n bahan-bahan utama makanan adalah 49,733 metrik tan daging lembu (tempatan dan import); 351,046 metrik tan ayam (tempatan); 2,808 juta biji telur ayam; 15,000 metrik tan kobis bulat dan 108,500 metrik tan ikan (pelbagai spesies).

Kadar harga jualan di pasar khususnya di pasar tani sepatutnya berpatutan walaupunbe­rlakupenin­gkatan permintaan semasa musim perayaan ini, katanya.

Tambah beliau, sekiranya berlaku bekalan yang tidak mencukupi dan wujudnya peningkata­n harga, pengguna dinasihatk­an untuk melaporkan kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Penguatkua­saan akan dipertingk­atkan dengan kerjasama KPDNKK bagi memastikan tiada unsur pencatutan dan peniaga meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual, kata Salahuddin.

Sebagai rujukan, tambah beliau, pengguna boleh menggunaka­n aplikasi MyHarga Tani dan Go Pasar Tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) serta Price Catcher oleh KPDNKK bagi mendapatka­n maklumat dan perbanding­an harga.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia