Utusan Borneo (Sabah)

Latih kepimpinan pelajar

BSMM Daerah Penampang raih pelbagai anugerah

-

PENCAPAIAN pelbagai anugerah dan penganjura­n pelbagai aktiviti oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Penampang dilihat dapat melatih belia menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Pegawai Penjaga Belia BSMM daerah Penampang Leslie Chan Boon Siang berkata jumlah ahli belia di daerah itu adalah seramai 864 orang yang terdiri daripada empat sekolah iaitu SM St Michael, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak dan SMK Bahang.

“Banyak pencapaian yang berjaya diraih pada tahuntahun sebelumnya antaranya seperti juara Pertanding­an Perbarisan dan Persembaha­n Peringkat Negeri Sabah Sempena Hari Palang Merah Sedunia 2014.

“Selain itu, meraih Peserta Terbaik Sempena Perkhemaha­n Belia Peringkat Negeri Sabah 2014, 2016 dan 2017 juga juara Pertanding­an Perbarisan MSSD Penampang sejak 2013 hingga kini.

“Paling membanggak­an adalah Unit BSMM SK St Theresa dan SK St Aloysius telah dipilih daripada BSMM Cawangan Sabah dan Jawatankua­sa Palang Merah (ICRC) untuk mengadakan program kesihatan dan kebersihan pertama.

“Program ini bertujuan mengajar kanak-kanak sekolah rendah cara mencegah jangkitan kuman seperti keracunan makanan serta menjaga kebersihan diri secara langsung dan praktikal,” jelasnya.

Tambahnya, Unit Belia BSMM Penampang juga menjalanka­n pelbagai aktiviti setiap tahun seperti Kem Kepimpinan Belia Peringkat Daerah serta Kursus Cegah Kebakaran Ujian Kem Kraf, Ujian Rawat Kaki serta bertugas sebagai ahli pertolonga­n cemas dan sebagainya.

Katanya, dengan penganjura­n itu, diharap belia mendapat pengalaman yang lebih mendalam dari pelbagai aspek dan sentiasa berkhidmat mengikut prinsip BSMM iaitu sukarela dan kemanusiaa­n.

Leslie ditemui pada Majlis Penyampaia­n Sijil Pelantikan Belia dan Angkat Sumpah Unit BSMM SM St Michael pada Sabtu yang dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Penampang Datin Celestina K Jinu.

Tujuan majlis adalah untuk memberi pengiktira­fan yang sah kepada semua guru penasihat unit BSMM yang melaksanak­an aktivitiak­tiviti di sekolah.

Angkat sumpah adalah satu program yang wajin diadakan mengikut perlembaga­an BSMM kebangsaan supaya semua guru penasihat dan belia mendapat sijil keahlian dan menjadi ahli BSMM yang sah.

Dalam pada itu, Celestina berharap agar belia akan terus aktif menyertai aktiviti yang di anjurkan sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Menurutnya, belia merupakan tulang belakang yang menjadi aset kepada Pergerakan Palang Merah Malaysia dan mencungkil bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Penampang merangkap Pengarah BSMM Negeri Sabah Simon Chin, Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Penampang Chan Chee Houw, Pengetua SM St Michael Jennifer Asing, Ketua Guru Penasihat UBSMM SM St Michael Vivianna Tia dan Pengerusi Pengelola Majlis Angkat Sumpah Seri Rahayu Edina Iskandar.

 ??  ?? GIMIK pelancaran oleh Pengerusi BSMM Penampang Datin Celestina K Jinu.
GIMIK pelancaran oleh Pengerusi BSMM Penampang Datin Celestina K Jinu.
 ??  ?? FOTO kenangan bersama ahli belia BSMM.
FOTO kenangan bersama ahli belia BSMM.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil keahlian belia.
PENYAMPAIA­N sijil keahlian belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia