Utusan Borneo (Sabah)

Orang awam juga perlu patuhi peraturan keselamata­n di sepanjang Pan Borneo

-

MIRI: Pematuhan peraturan keselamata­n di sepanjang pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bukan hanya penting kepada para pekerja, malah orang awam yang melalui lebuh raya tersebut.

Ahli Jawatankua­sa Penasihat Lebuh Raya Borneo Utara (LBU) Debojit Chowdury berkata, orang awam yang memandu mesti memahami ciriciri keselamata­n di sepanjang kawasan pembinaan projek itu.

“Pengetahua­n mengenai keselamata­n di kawasan pembinaan lebuh raya bukan hanya perlu diketahui oleh para kontraktor dan pekerja, malahan pemandu di jalan raya juga perlu tahu.

“Program Kempen Keselamata­n Jalan Raya yang diadakan tiga kali setahun ini adalah peluang terbaik untuk kita menyampaik­an maklumat dan memberi kesedaran kepada para pemandu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya semasa Program Keselamata­n Jalan Raya sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri di Beluru, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Projek Konsortium KPE Sdn Bhd Rodney Mora, Pengurus Projek Pakej 11 LBU Anup Kumar Sinha, Pengurus Pengurusan Trafik LBU Masdie Baharom, Penguatkua­sa Polis Trafik Miri Korporal Hardi Harbi dan tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Debojit mengingatk­an para pemandu untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati ketika memandu di sepanjang kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Pemandu perlu sedar dan patuhi tanda amaran di sepanjang jalan tersebut, janganlah bermain telefon bimbit ketika memandu dan jangan memandu kereta secara laju,” katanya.

Program semalam turut dihadiri lebih 30 kakitangan LBU yang mengagihka­n 300 beg mengandung­i risalah keselamata­n jalan raya dan minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia