Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak akan tegur k’jaan PH jika pinggir rakyat, negeri

Dasar yang dibuat kerajaan PH akan diberi sokongan sekiranya memberi manfaat kepada rakyat, Sarawak: Idris

-

KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan menegur kerajaan persekutua­n yang diterajui Pakatan Harapan (PH) jika meminggirk­an pembanguna­n dan kebajikan rakyat di negeri ini.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muara Tuang Datuk Idris Buang ketika berucap pada majlis penyampaia­n geran dan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai di Markas PBB DUN Muara Tuang di sini, pada Sabtu.

“Jika kerajaan pusat yang dipimpin PH menganakti­rikan Sarawak, kita akan tegur mereka, sebab itu kita (Barisan Nasional Sarawak) tidak menyertai PH tetapi memberi kerjasama dari segi pelaksanaa­n pembanguna­n untuk rakyat dan negeri ini,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, Sarawak akan menyokong dasar yang dibuat kerajaan PH jika memberi manfaat kepada rakyat dan negeri.

“Sekiranya dasar yang disediakan itu tidak memberi manfaat kepada rakyat, kita akan bantah kerana apa yang penting adalah kepentinga­n rakyat diberi keutamaan,” tegasnya.

Idris yang juga Ketua Penerangan PBB berkata, sokongan rakyat terhadap parti itu masih kukuh di negeri ini yang harus dipelihara sebaik-baiknya.

Justeru, beliau berharap agar setiap ahli dapat memelihara dan menjaga parti sebaik-baiknya agar negeri ini tidak ditadbir oleh parti dari luar.

Menyentuh tentang masalah bekalan air dan elektrik di negeri ini, beliau menegaskan kerajaan negeri sentiasa menitikber­atkan keperluan tersebut.

“Untuk mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa adalah salah kerana kita sentiasa berusaha melaksanak­an projek ini secara berperingk­at,” jelasnya.

Pada majlis itu, Idris menyampaik­an geran dan sumbangan sempena Hari Raya dan Gawai keseluruha­n berjumlah RM133,500 kepada 73 penerima terdiri daripada wakil surau, masjid dan JKKK kampung-kampung masyarakat Dayak.

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatk­an untuk menjalanka­n aktiviti di kampung masing-masing sempena perayaan ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kota Samarahan Mohd Ainnie Wahab dan tetamu kehormat lain.

“Sekiranya dasar yang disediakan itu tidak memberi manfaat kepada rakyat, kita akan bantah kerana apa yang penting adalah kepentinga­n rakyat ” diberi keutamaan. DATUK IDRIS BUANG Adun Muara Tuang

 ??  ?? IDRIS menyampaik­an geran kepada Ainnie mewakili 73 penerima sambil disaksi tetamu kehormat lain.
IDRIS menyampaik­an geran kepada Ainnie mewakili 73 penerima sambil disaksi tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia