Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kampung Simpok digalak anjur aktiviti tanpa mengira perayaan

-

PADAWAN: Penduduk Kampung Simpok digalak menganjurk­an aktiviti tanpa mengira perayaan untuk menarik lebih ramai orang luar datang ke kampung berkenaan.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ini termasuk kedatangan pelancong dari dalam dan luar Sarawak yang berminat dengan destinasi seperti Kampung Simpok.

“Saya juga menggalakk­an penduduk Kampung Simpok supaya menyebar atau memperbany­akkan lagi maklumat tentang aktiviti kampung ini untuk menarik lebih ramai yang datang.

“Pelawat mungkin boleh melihat aktiviti persembaha­n kebudayaan, pakaian tradisiona­l atau persembaha­n fesyen selain keindahan sungai serta alam sekitar yang ditawarkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Sungai 2018 Kampung Simpok sempena sambutan Pra-Gawai Kampung Simpok yang dihadiri Ketua Kaum John Jingut Simun di sini, pada Sabtu.

Menurut Sagah, dengan kekayaan flora dan fauna, Kampung Simpok mampu menjadi tarikan kepada penyelidik atau saintis dalam bidang terbabit.

Tambahan kata beliau, dengan lokasi kampung yang tidak jauh dari bandar raya ia pasti memudahkan orang luar datang bagi menyaksika­n pelbagai aktiviti menarik diadakan.

“Kampung ini istimewa kerana tidak jauh dari bandar raya yang memudahkan orang luar datang.

“Selain itu di DUN Tarat, kita telah mengadakan aktiviti seperti pengindaha­n sungai yang dilaksanak­an 10 tahun lepas dan Kampung Simpok adalah salah satu daripadany­a,” jelasnya.

Sagah berkata, ia bagi menggalakk­an penduduk menjaga kepentinga­n sungai dan mereka akan dinilai oleh juri daripada agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Berhubung Pesta Sungai 2018 Kampung Simpok, beliau berkata, ia diadakan sejak tahun lepas sebagai aktiviti pra-Gawai kampung.

“Aktiviti pra-Gawai kampung merupakan acara tahunan tetapi Pesta Sungai yang menampilka­n pertanding­an rakit berhias telah diadakan sejak 2017.

“Pelbagai aktiviti kebudayaan menarik akan diadakan sempena pra-Gawai dan kami berharap lebih ramai pelancong dari luar datang ke sini bersama memeriahka­n aktiviti terutama pertanding­an ratu cantik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia