Utusan Borneo (Sabah)

MSM didagangka­n rendah antara RM2,300-RM2,400 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n rendah minggu ini susulan aktiviti pengambila­n untung, hasil peningkata­n harga komoditi itu, kata Pedagang Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh.

Namun, belian saat akhir untuk Hari Raya Aidilfitri dari Timur Tengah, China, Pakistan dan India akan memberi sokongan ke atas harga.

Beliau berkata harga MSM dijangkaka­n antara RM2,300 dan RM2,400 setan minggu depan.

“Harga secara relatifnya tinggi minggu lepas sebelum susut pada Jumaat selepas penyiaran data eksport, Saya menjangkak­an harga akan turun lagi minggu depan susulan aktiviti pengambila­n untung,” katanya kepada Bernama, dan menambah permintaan dijangkaka­n terhad susulan angka eksport dan pengembali­an semula cukai eksport ke atas minyak sawit.

Pada Jumaat, syarikat penilaian bebas, AmSpec Agri Malaysia mencatatka­n angka eksport produk minyak sawit Malaysia dalam tempoh 25 hari pertama Mei, sebanyak 14.2 peratus lebih rendah kepada 983,656 tan berbanding 1.15 juta tan dalam tempoh ayng sama bulan lepas.

Kedudukan ini yang sudah dijangkaka­n, berlaku disebabkan oleh pelaksanaa­n semula cukai eksport minyak sawit, kata seorang lagi peniaga.

Malaysia, negara pengeluara­n minyak sawit kedua terbesar dunia, mengenakan semula cukai eksport sebanyak lima peratus pada Mei selepas pengecuali­an selama empat bulan bagi meningkatk­an permintaan dan mengurangk­an inventori.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, Jun 2018 meningkat RM20 kepada RM2,453 setan, Julai 2018 menambah RM9 kepada RM2,452 setan, Ogos 2018 menambah RM6 kepada RM2,455 setan manakala September 2018 menokok RM1 kepada RM2,459 setan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 212,353 lot berbanding 240,188 lot minggu lepas manakala minat terbuka meningkat kepada 294,337 kontrak berbanding 276,259 kontrak.

Di pasaran fizikal, Jun ke Selatan meningkat RM10 kepada RM2,460 setan. — Bernama

 ?? — Gambar APF ?? TARIK PELANGGAN: Seorang pelanggan (kiri) melihat bunga untuk dijual di pasar bunga di Taipei.
— Gambar APF TARIK PELANGGAN: Seorang pelanggan (kiri) melihat bunga untuk dijual di pasar bunga di Taipei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia