Utusan Borneo (Sabah)

Gobind sedang teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU14

-

KUALA LUMPUR:Beberapa kejadian seperti serangan BOT terhadap telefon bimbit semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas serta laporan tentang arahan tertentu yang didakwa dikeluarka­n bagi melakukan sekatan terhadap portal dalam talian pada malam hari mengundi, menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Turut menjadi perhatian beliau ialah penceroboh­an terhadap data peribadi yang dilapor menjejaska­n berpuluh juta pelanggan telefon bimbit.

“Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementeria­n saya,” kata Gobind dalam catatan melalui Facebook dan Twitternya.

Beliau berkata ia termasuk aduan berkaitan panggilan spam daripada nombor tidak dikenali kepada telefon ahli politik daripada kedua-dua pihakpadah­arimengund­i,yang dikatakan telah menghalang mereka untuk berkomunik­asi dengan jentera pilihan raya masing-masing.

Menurut Gobind, beliau akan mengkaji semula peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta memberi pertimbang­an terhadap cadangan agar peruntukan berkenaan dipinda.

“Saya sedia menerima cadangan daripada semua pihak tentang perkara ini dan saya akan menghubung­i En Eric Paulsen dari Lawyers for Liberty dan Majlis Peguam untuk berbincang mengenainy­a,” kata beliau.

Menurut laporan, Lawyers for Liberty meminta menteri berkenaan menyiasat salah laku yang didakwa dilakukan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia­Malaysia(SKMM) dan memastikan suruhanjay­a itu bertanggun­gjawab terhadap perbuatan tersebut.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia