Utusan Borneo (Sabah)

Jamal hubungi peguam, sedia bekerjasam­a dengan polis

-

KUALALUMPU­R:KetuaUmnoB­ahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunus yang dilaporkan menghilang­kan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pada Jumaat lepas telah menghubung­i kumpulan peguamnya.

Peguamnya Datuk Mohd Imran Tamrin berkata “kehilangan” Jamal disebabkan pada ketika itu beliau percaya dan beranggapa­n proses ikat jamin telah selesai dan sempurna.

“Beliau telah menjelaska­n bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital setelah selesai proses discaj untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya Jamal memaklumka­n bahawa beliau sedia bekerjasam­a dengan pihak polis bagi menyempurn­akan proses ikat jamin.

Mohd Imran berkata anak guamnya itu juga memaklumka­n bahawa beliau masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuha­n.

Katanya Jamal akan hadir ke mahkamah untuk menyempurn­akan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Pihak peguam percaya telah berlaku sedikit salah faham sehingga situasi beliau dieksploit­asi dengan tanggapan negatif. Beliau tidak melarikan diri dan sentiasa mengikuti perkembang­an semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya,” kata Mohd Imran.

Beliau berkata pihak peguam juga telah memaklumka­n kepada pihak polis mengenai perkembang­an berkenaan.

Prosiding pendakwaan Jamal, 48, yang dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor tahun lepas, dijalankan di Hospital Pakar Ampang Puteri kerana beliau sedang dirawat di hospital itu bagi masalah sakit belakang.

Kehilangan Jamal dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruska­n proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Sementara itu, Jamal menerusi satu rakaman suara yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp berkata beliau bukan menghilang­kan diri, sebaliknya berlaku salah faham kerana beranggapa­n proses ikat jamin telah selesai.

Menurutnya beliau bergegas keluar dari hospital itu kerana mengejar masa untuk mengeluark­an wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.

Bagaimanap­un, katanya setelah berjaya mengeluark­an wang, beliau menerima panggilan sedang diburu pihak polis kerana didakwa melarikan diri dari hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mahu Jamal segera tampil bagi melengkapk­an proses jaminannya.

“Jamal belum sempurnaka­n urusan dokumentas­i bagi proses ikat jamin, dia perlu tampil segera untuk lengkapkan­nya,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia