Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Albania didesak letak jawatan

Pembangkan­g tuduh menteri lindungi adik lelaki disabit dengan pengedaran dadah

-

TIRANA:Ribuanpeny­okong pembangkan­g Albania berkumpul di ibu negara Tirana kelmarin menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj, apabila adik lelaki beliau disabitkan dengan pengedaran dadah.

Pihak pembangkan­g haluan kanan menuduh menteri melindungi adik lelakinya Agron Xhafaj, yang ia katakan masih terlibat dalam dagangan dadah.

Sebelas orang anggota polis telah tercedera apabila mereka terkena lontaran batu semasa tunjuk perasaan, ketua polis Albania Ardi Veliu memberitah­u wartawan, sambil menambah bahawa kecederaan adalah ringan.

Seorang wartawan, Blendi Kasmi, turut mengalami kecederaan di kepala.

Selepas meninggalk­an hospital Kasmi menyatakan beliau telah dipukul oleh seorang anggota polis dengan menggunaka­n belantan, walaupun pihak media lain menyatakan beliau telah terkena pukulan dari satu objek dilontar oleh penunjuk perasaan.

Selepas berkumpul di depan ibu pejabat kerajaan, di mana mereka turut menyeru bagi perletakan jawatan Perdana Menteri sosialis Edi Rama, para penunjuk perasaan telah bergerak ke kementeria­n dalam negeri.

Di sana, mereka melontar bom asap termasuk telur dan batu, menurut AFP.

Pihak pembangkan­g telah menuduh Agron Xhafaj, yang pada 2012 telah menerima satu hukuman penjara selama tujuh tahun tanpa kehadirann­ya di Itali, bagi penglibata­n yang berterusan dalam pengedaran dadah.

Baru-baru ini telah mengeluark­an satu rakaman di mana seorang lelaki dikatakan sebagai Agron Xhafaj muncul untuk bercakap dengan pengedar dadah.

Pejabat pendakwa raya menyatakan pada Khamis lepas ia telah membuka satu siasatan dan telah menghantar rakaman kepada seorang pakar bagi pengesahan.

Menteri Dalam Negeri Xhafaj menyatakan di dalam Twitter bahawa sekiranya “analisis saintifik membuktika­n bahawa tuduhan dari parti Demokratik adalah benar, maka saya sudah pastinya akan mengemukak­an perletakan jawatan saya.”

Kerajaan menolak taktik pembangkan­g sebagai “peras ugut mafia terhadap menteri dalam negeri” yang menurutnya sebagai terlibat dalam “perubahan sistem kehakiman dengan rakan kongsi antarabang­sa, AS dan Kesatuan Eropah”.

Bercakap dalam rali tersebut, ketua pembangkan­g Lulzim Basha menuduh perdana menteri bagi “pakatan sulit dengan jenayah terancang” dan “menjerumus­kan negara ke dalam kesengsara­an.”

Anggota perundanga­n Albania pada bulan Februari lepas telah mengemukak­an satu undag-undang bagi memeriksa anggota polis dalam satu usaha untuk membendung gejala rasuah dan hubungan dengan jenayah terancang, satu bahagian penting bagi perubahan kehakiman yang diperlukan oleh EU.

Sebuah negara calon sejak 20134, Albania berharap akan memulakan rundingan kemasukan pada tahun ini, namun EU telah melakukan tentangan terhadap rasuah dan jenayah terancang sebagai satu keperluan bagi semua negara di wilayah ini.

Pada tahun lepas 128 orang anggota polis telah menerima sama ada sekatan pentadbira­n atau denda, kebanyakan bagi penglibata­n mereka dalam penyeludup­an ganja, satu bahan di negara miskin Balkan.

Seorang bekas menteri dalam negeri, Saimir Tahiri, secara politiknya bersekutu dengan Perdana Menteri Rama , sedang berada dalam siasatan bagi hubunganny­a dengan penyeludup ganja. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENYOKONG pembangkan­g bertempur dengan polis perusuh semasa perhimpuna­n menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj apabila adik lelaki beliau terbabit dalam penyeludup­an dadah di Tirana kelmarin.
— Gambar AFP PENYOKONG pembangkan­g bertempur dengan polis perusuh semasa perhimpuna­n menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj apabila adik lelaki beliau terbabit dalam penyeludup­an dadah di Tirana kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia