Utusan Borneo (Sabah)

Tuntut autonomi lebih besar, 22 terbunuh bertempur di Cameroon

-

YAOUND: Seramai 22 orang terkorban dalam pertempura­n dengan pihak tentera di Cameroon, menurut seorang ahli parlimen pembangkan­g kelmarin, dalam keganasan terbaharu yang melanda barat laut terpencil, di mana pihak pemisah daripada pihak minoriti berbahasa Inggeris berjuang untuk autonomi yang lebih besar.

Identiti mereka yang terkorban masih belum jelas, dengan pihak tentera menyatakan mereka sebagai ‘pengganas’ dan penduduk kampung menyatakan mereka adalah penjenayah.

Pertempura­n muncul selepas duta AS ke Cameroon menuduh pasukan tentera kerajaan pada awal bulan ini sebagai melakukan pembunuhan yang disasarkan dan penderaan lain dalam pertempura­n menentang pihak militia yang inginkan kemerdekaa­n.

“Dua puluh dua orang telah terbunuh pada Jumaat lepas di Menka semasa satu konfrontas­i… (di antara pihak tentera dan) sekumpulan orang yang dikatakan sebagai penjenayah,” menurut Nji Tumasang,seorangang­gotabagi pihak pembangkan­g berbahasa Inggeris Social Democratic Front (SDF) di Santa, kawasan di mana terletakny­a pekan Menka.

Keganasan di antara pengganas dan pasukan tentera kerajaan telah berlaku hampir setiap hari di wilayah sejak satu krisis politik berlaku pada lewat 2016.

Seorang pegawai tetera mengesahka­n insiden tersebut, bercakap mengenai “beberapa pengganas yang telah dineutralk­an.”

“Sekumpulan pengganas telah dilaporkan di Menka” dan pihak tentera campur tangan untuk mengepung hotel di mana mereka berada, jurucakap tentera Kolonel Didier Badjeck berkata di dalam Facebook.

Beliau menambah bahawa seorang “pengawal telah memaklumka­n (penghuni hotel) yang bangkit bagi kejadian tembak-menembak berlangsun­g selama beberapa minit.”

Beberapa jenis senjata dan peluru telah dirampas, tambah beliau.

Satu delegasi SDF diketuai oleh pemimpinny­a John Fru Ndi telah melawat Menka kelmarin, menurut Tumasang.

“Penduduk di kampung telah mengesahka­n bahawa terdapat satu kejadian berbalas tembakan, dan beberapa mayat ditemui di dalam bilik motel tersebut,” kata Tumasang.

“Di kampung, orang tidak memikirkan mereka sebagai pemisah, namun sebaliknya sebagai penjenayah”, kata beliau lagi.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia