Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sia-siakan kemenangan

Perbaiki kelemahan yang ada dalam pengurusan negara

-

KUALA LUMPUR: Jangan sia-siakan kemenangan sebaliknya carilah cara untuk memperbaik­i kelemahan yang ada dalam pengurusan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu.

Sambil mengingatk­an para pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengenai perkara itu, beliau berkata negara perlu dibina semula menerusi asas demokrasi yang tulen dan rakyat Malaysia mempunyai hak dan tanggungja­wab bersama untuk membantu dalam proses itu.

“Ini memberikan kita kebebasan. Kita dah tukar kerajaan dan jangkaan kita begitu tinggi sekali.

“Kita dijadikan dengan jiwa danintelek­yangmembed­akan kita dengan yang lain. Intelek inilah yang penting untuk kita membebaska­n manusia daripada cengkaman manusia,” katanya ketika berucap pada program Santai Sahur Final UEFA Champion League Bersama Gagasan Belia Pandan di sini. Pada majlis itu, kira-kira 300 penyokong Liverpool dan Real Madrid hadir bagi menyaksika­n perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah di Stadium NSC Olimpiyski­y Kiev, Ukraine yang berlangsun­g lewat awal pagi Ahad.

Dr Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan juga bercakap mengenai peranan generasi muda sebagai pelapis kepimpinan dan masa depan negara.

Menjadikan sukan bola sepak sebagai contoh, beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga berkata rakyat perlu mengetahui bagaimana sukan itu boleh mewarnai kehidupan selain semangat berpasukan memberi kesedaran serta hala tuju dalam hidup.

Ibarat pertanding­an bola sepak yang ada kalah dan menang, Dr Wan Azizah mengingatk­an para penyokong PH supaya mendalami nilai kemanusian dan tidak terlalu fanatik dengan keputusan sesuatu pertanding­an. -Bernama

“Kita dijadikan dengan jiwa dan intelek yang membedakan kita dengan yang lain. Intelek inilah yang penting untuk kita membebaska­n manusia manusia.” daripada cengkaman DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? AZIZAH bergambar bersama jersi pada Program Santai Sahur Perlawanan Bola Sepak Champions League Final di Dagang Cahaya Ampang. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah Ir Izham Hashim (tiga, kiri).
-Gambar Bernama AZIZAH bergambar bersama jersi pada Program Santai Sahur Perlawanan Bola Sepak Champions League Final di Dagang Cahaya Ampang. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah Ir Izham Hashim (tiga, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia