Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN Pahang perlu kerjasama PH untuk pembanguna­n

-

TEMERLOH: Kerajaan negeri bawah Barisan Nasional (BN) diseru bekerjasam­a dengan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan mereka terus menerima bantuan untuk membangunk­an negeri ini.

Anggota Parlimen Temerloh Anuar Tahir berkata menjadi pembangkan­g untuk kali ini menyebabka­n BN dalam keadaan tersepit dalam mendapatka­n dana bagi mentadbir negeri terutama menjelaska­n hutang yang mencecah berbilion ringgit.

“Kerajaan negeri berhutang lebih satu bilion...kalau nak hutang lagi nak kena bincanglah, kerajaan PH tidak akan menganiaya rakyat, sebagai wakil rakyat PH saya sendiri bekerjasam­a dengan kerajaan negeri BN.

“Kita akan mencari titik temu di mana boleh bekerjasam­a...kalau mereka sudi bekerjasam­a ia lagi baik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan program bertemu pengundi di Pekan Sehari Temerloh di sini pada Ahad.

Sementara itu dalam perkembang­an berkaitan Anuar berkata beliau mengalu-alukan lebih ramai penduduk Temerloh untuk tampil menyatakan pendapat tentang pembanguna­n yang diperlukan di kawasan itu.

Beliau berkata berdasarka­n pemerhatia­n dan pendapat yang diterima setakat ini, ramai penduduk Temerloh mahukan sebuah institusi pengajian tinggi yang berlainan daripada daerah lain di negeri ini.

“Saya akan suarakan kepada menteri pendidikan dan memberi perhatian kekurangan atau masalah yang ada di Temerloh untuk atasinya,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia