Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan berganda Bale kecewakan Liverpool

Real julang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selepas tewaskan The Reds 3-1 di Kiev

-

KIEV, Ukraine: Gareth Bale masuk dari bangku simpanan dan menjaringk­an dua gol, termasuk salah satu gol tercantik di final Liga Juara-Juara ketika Real Madrid menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev Sabtu lepas, sekali gus memenangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Tendangan akrobatik Bale pada minit ke-64 meletakkan Real 2-1 di hadapan tidak lama selepas beliau dimasukkan, ekoran permulaan separuh masa kedua yang dramatik di mana Karim Benzema membuka jaringan buat Real dari satu kesilapan penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

Sadio Mane mengikat kedudukan buat Liverpool buat seketika sebelum Bale meletakkan Real kembali di hadapan dan kemudian mengesahka­n kemenangan dengan gol ketiga dari satu rembatan jarak jauh yang turut gagal ditangani Karius.

Malam Liverpool sudah terjejas dengan kecederaan Mohamed Salah pada separuh masa pertama dengan penyerang antarabang­sa Mesir itu dikeluarka­n seawal minit ke30 kerana kecederaan di bahagian bahu.

Ia bukan malam buat Salah, dengan jurulatih Real, Zinedine Zidane, menjadi jurulatih pertama yang memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak tiga tahun berturuttu­rut.

“Dengan sebuah pasukan seperti ini, kami boleh melangkah jauh tetapi memenangi tiga daripadany­a, ia sesuatu yang gila,” kata Zidane selepas perlawanan.

Real Madrid menjadi pasbangan ukan pertama memenangi tiga kejuaraan berturut-turut sejak Bayern Munich pada 1976. Ia juga kejuaraan keempat dari lima tahun dan satu rekod kali ke-13 keseluruha­n. Cristiano Ronaldo kini memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali dalam kariernya tetapi malah beliau juga tidak dapat menafikan sum- Bale pada malam itu. Apabila ditanya jika ia gol terbaik yang beliau pernah jaringkan, Bale berkata: “Saya harus berkata ya, di peringkat terbesar dunia bola sepak di mana anda menjaringk­an gol seperti itu, ia seperti impian menjadi kenyataan.” Tetapi Bale kurang beraksi dalamkeseb­elasan utama musim ini dan beliau mengakui beliau sekarang akan menimbangk­an masa depannya dalam beberapa minggu akan datang.

“Saya merasakan saya seharusnya bermain setiap minggu dan jika ia tidak berlaku di sini, ia sesuatu yang perlu saya pertimbang­kan. Kami akan duduk berbincang pada musim panas dan cuba menyelesai­kan isu ini.”

Bale dibayangka­n akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama di final tetapi beliau bermula di bangku simpanan dengan Zidane memilih untuk menurunkan Isco – sama seperti final menentang Juventus tahun lepas – sebelum membuat impak besar sebagai pemain gantian.

Bagi Liverpool, final ini akan diingati kerana kesilapan Karius dalam separuh masa kedua dan tangisan Salah apabila dikeluarka­n pada separuh masa pertama.

Salah mengalami kecederaan di bahu kiri selepas diasak Sergio Ramos pada minit ke-25. Walaupun kembali semula ke dalam padang selepas menerima rawatan, beliau dikeluarka­n lima minit kemudian dan diganti oleh Adam Lallana.

Peluang beliau beraksi di Piala Dunia 2018 bersama Mesir kini menjadi tandatanya.

“Ia kecederaan serius. Beliau ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n. Ia sama ada tulang bahu atau di bahagian bahu,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Kecederaan Salah dan juga kecederaan pemain Real, Dani Carvajal, yang turut meninggalk­an padang sebelum rehat, menjejaska­n rentak permainan selepas permulaan menarik di mana Liverpool kelihatan mempunyai lebih banyak peluang.

Selepas Salah dikeluarka­n, Real membayangk­an peluang dan mereka ada menjaringk­an gol pada minit ke-43 tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Ia kelegaan buat Liverpool untuk menamatkan separuh masa pertama tanpa jaringan tetapi dalam separuh masa kedua, mereka harus menyalahka­n diri mereka sendiri. Isco melihat rembatanny­a terkena palang selepas Lallana gagal mengeluark­an bola dari bahaya sebelum Benzema membuka jaringan pada minit ke-51.

Ia berpunca dari kesilapan Karius, yang cuba melorong bola kepada rakan sepasukan yang paling hampir tetapi bola terkena kaki Benzema dan masuk ke dalam pintu gol.

Liverpool tersentak dengan gol itu tetapi berjaya mengikat kedudukan tidak lama selepas itu apabila Mane menanduk umpanan Dejan Lovren dari tendangan sudut James Milner.

Tetapi impian mereka untuk satu kebangkita­n musnah apabila Bale dimasukkan.

Pemain antarabang­sa Wales itu hanya dimasukkan dalam masa dua minit apabila menyempurn­akan hantaran lintang Marcelo dengan tendangan akrobatik untuk meletakkan Real kembali di hadapan sebelum melengkapk­an jaringan pada minit ke-83.

Dengan sebuah pasukan seperti ini, kami boleh melangkah jauh tetapi memenangi tiga daripadany­a, ia sesuatu yang gila. Zinedine Zidane Jurulatih Real Madrid

KARIUS gagal menangkap kemas bola rembatan Bale untuk menjaringk­an gol ketiga Real pada aksi di Stadium Olimpik NSC, Kiev Sabtu lepas. — Gambar Reuters

 ??  ??
 ??  ?? BALE
BALE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia