Utusan Borneo (Sabah)

Staf JPP UMS agih lebih 200 paket bubur lambuk

Staf JPP UMS agih lebih 200 paket bubur lambuk

-

AGIHAN bubur lambuk kepada semua staf Jabatan Pembanguna­n dan Penyelengg­araan (JPP) UMS dalam satu perhimpuna­n bulanan kali ke-5 2018 di perkaranga­n JPP adalah buat pertama kalinya diadakan bersempena bulan kemuliaan Ramadan Al Mubarak tahun ini.

Penyediaan bubur lambuk adalah dengan usaha sampingan serta kegigihan kelab sukan dan reaksi JPP UMS yang dilaksanak­an oleh staf JPP.

Bubur lambuk yang disediakan dalam dua resepi iaitu bubur lambuk daging dan bubur lambuk ayam lebih 200 paket adalah satu usaha yang penuh berkat.

Terdahulu, Pengarah JPP Ir Pungut Ibrahim dalam perhimpuna­n itu berkata usaha berkeyakin­an dalam penyediaan bubur lambuk boleh diertikan dengan terjemahan kepada usaha serta komitmen dan kerjasama dalam sesuatu organisasi.

Katanya usaha menghasilk­an bubur berkenaan menunjukka­n kerjasama dan semangat bergotong-royong di antara satu sama yang lain untuk menghasilk­an kerja yang berkualiti.

“Apabila bubur lambuk disiapkan dan dapat memberikan kepuasan kepada penerimany­a yang merasainya adalah sama dengan kerjasama berpasukan untuk berkomitme­n dalam sesebuah jabatan agar nikmat yang memberikan kepuasan dapat diterjemah­kan.

“Kita melaksanak­an kerja seumpama ini yang saya taksirkan satu usaha perpaduan untuk semua unit dalam jabatan yang terlibat,” katanya.

Tambahnya, seperkara yang perlu diambil kira ialah sikap tegur menegur di antara satu sama lain jika terdapat sesuatu kesilapan, tidak perlulah cepat melenting malah perlu saling hormat menghormat­i semua pihak.

“Anggaplah ia teguran membina demi kemajuan dan keharmonia­n sesebuah organisasi. Setiap individu haruslah berlapang dada dan membuka minda dengan teguran agar ia memberikan kebaikan kepada jabatan dan universiti khususnya.

“Bermuhasab­ah dan berfikiran positif dengan semua staf JPP sudah cukup untuk memperting­katkan kualiti serta kebersamaa­n dan kesatuan,” katanya.

Pengisian utama perhimpuna­n JPP kali ke-5 adalah penyampaia­n tazkirah Ramadan yang disampaika­n oleh Pengarah Pusat Islam UMS Prof Madya Dr Suhaimi Taat, yang berkisar pada hikmah mengerjaka­n ibadah puasa di bulan yang mulia.

Antara pengisian tazkirah adalah keuntungan mengerjaka­n solat sunat tarawih di bulan Ramadan dan sunat-sunat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Suhaimi juga menjelaska­n keberkatan seseorang berbuka puasa yang terbaik adalah dengan cara memasak sendiri di rumah yang seratus peratus memuaskan kerana dengan sendirinya terhindar daripada segala pencemaran dari luar.

“Umat Islam perlulah menjauhkan sikap berbelanja yang berlebihan ketika membeli-belah untuk juadah berbuka puasa kerana takut melakukan pembaziran,” jelasnya.

Menyentuh perkara yang diperkatak­an oleh Pungut, beliau berkata ia amat bertepatan dengan perkataan tegur menegur antara satu sama lain dalam sesuatu organisasi kerana ia sudah diamalkan oleh Rasullah dan sahabatsah­abatnya ketika mentadbir yang menerima segala teguran kesilapan daripada orang lain.

“Kita mengambil contoh amalan Nabi Muhammad SAW yang mengamalka­n tegur menegur untuk membetulka­n kesilapan. Kerana dengan cara menerima teguran seperti itu semangat memacu kejayaan biasanya akan menjadi cemerlang,” katanya.

Di akhir majlis, bubur lambuk telah diagihagih­kan kepada semua staf JPP dan staf yang berhampira­n oleh Pungut.

“Apabila bubur lambuk disiapkan dan dapat memberikan kepuasan kepada penerimany­a yang merasainya adalah sama dengan kerjasama berpasukan untuk berkomitme­n dalam sesebuah jabatan agar nikmat yang memberikan kepuasan dapat diterjemah­kan. Kita melaksanak­an kerja seumpama ini yang saya taksirkan satu usaha perpaduan untuk semua unit ” dalam jabatan yang terlibat. Ir Pungut Ibrahim

Pengarah JPP UMS

 ??  ?? PUNGUT (dua dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Teknikal JPP Jorin Matawas dan Jurutera Awam Kanan Alexander Ngindang (kanan) bersama staf JPP di perhimpuna­n itu. SEBAHAGIAN staf wanita JPP menyertai acara memasak bubur lambuk.
PUNGUT (dua dari kanan) bersama Timbalan Pengarah Teknikal JPP Jorin Matawas dan Jurutera Awam Kanan Alexander Ngindang (kanan) bersama staf JPP di perhimpuna­n itu. SEBAHAGIAN staf wanita JPP menyertai acara memasak bubur lambuk.
 ??  ?? SEBAHAGIAN staf wanita JPP membuat persediaan memasak bubur lambuk.
SEBAHAGIAN staf wanita JPP membuat persediaan memasak bubur lambuk.
 ??  ?? SUHAIMI (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Pungut.
SUHAIMI (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Pungut.
 ??  ?? AKTIVITI memasak bubur lambuk diketuai oleh Azlina Abdul Hamid (dua dari kanan).
AKTIVITI memasak bubur lambuk diketuai oleh Azlina Abdul Hamid (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia