Utusan Borneo (Sabah)

Paroki SPCR Ranau juara Sukan Tradisi Pesta Kaamatan

Sukan Tradisi Pesta Kaamatan Keuskupan Agung Kota Kinabalu

-

GEREJA St Peter Claver Ranau (SPCR) muncul juara keseluruha­n pertanding­an sukan tradisi sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang diadakan di padang Sekolah Rendah Kenis Kebangsaan St Benedict, Ranau.

Pasukan Paroki

Ranau dinobatkan sebagai juara keseluruha­n selepas meraih 8 pingat emas dan 1 gangsa dalam 10 acara sukan tradisi yang dipertandi­ngkan.

Naib johan jatuh kepada pasukan Paroki Holy Family Church Telipok yang mengumpul 1 emas, 3 perak dan dan 1 gangsa sementara pasukan Paroki St Michael Penampang di tempat ketiga

selepas meraih 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa. Pertanding­an sukan tradisi itu merupakan acara pembuka tirai dalam pengisian program Pesta Kaamatan peringkat Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang ke-18 di mana Paroki SPCR telah dipilih sebagai tuan rumah dan penganjur pesta dwitahunan itu. Daripada 21 paroki dalam Keuskupan Agung Kota Kinabalu, hanya tujuh paroki sahaja yang telah menyertai pertanding­an sukan berkenaan untuk bersaing dalam 10 jenis sukan tradisi masyarakat Kadazan Dusun Murut.

Antara paroki yang mengambil bahagian termasukla­h SPCR Ranau sebagai tuan rumah, Holy Family Telipok, St Michael Penampang, Sacred Heart Cathedral Kota Kinabalu, St Catherine Inanam, St Peter Kudat dan St Theresa Kota Marudu.

Sementara 10 acara sukan tradisi yang dipertandi­ngkan termasukla­h tarik tali, melastik, menyumpit,

menandus (merejam), rampanau, boling kelapa, lontar batu, kupas pinang, menumbuk dan menampi padi serta mengingkin (memarut) kelapa.

Acara perasmian sukan yang bertemakan ‘Sumoromo Pomurasan Di Kristus Id Suang Poponiting Koubasanan’ (Menemui Kristus dalam pemurnian budaya) itu telah disempurna­kan oleh Rektor Paroki SPCR Rev Fr Nicholas Stephen.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata sukan itu bukanlah platform untuk menonjolka­n kejaguhan semata-mata tetapi lebih kepada penyertaan umat untuk menghormat­i Pesta Kaamatan sebagai sebahagian daripada cara kehidupan harian mereka.

Bagaimanap­un, beliau meminta supaya semua peserta mencuba melakukan yang terbaik di samping mengeratka­n lagi tali persaudara­an, bergembira serta berkomunik­asi dan bertukar-tukar pengalaman dengan umat dari semua paroki di keuskupan berkenaan.

Selain acara tarik tali yang menjadi tumpuan oleh kira-kira 1,500 umat yang hadir, mereka kemudian diberi satu acara kejutan iaitu menangkap beberapa ekor ayam yang dilepaskan di padang untuk dibawa pulang secara percuma.

Acara lain yang turut memeriahka­n lagi program termasukla­h senamrobik oleh peserta sukan yang diadakan seawal jam 7 pagi di samping mengunjung­i puluhan pondok jualan serta pondok permainan ala ‘funfair’ tradisiona­l.

Antara orang kenamaan yang hadir memeriahka­n acara itu ialah Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yassin yang baru saja memenangi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Sementara 10 acara sukan tradisi yang dipertandi­ngkan termasukla­h tarik tali, melastik, menyumpit, menandus (merejam), rampanau, boling kelapa, lontar batu, kupas pinang, menumbuk dan menampi padi serta mengingkin (memarut) kelapa.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang peserta pasukan SPCR Ranau yang menjuarai acara ‘rampanau.’ DERETEN pondok pelbagai jualan semasa acara sukan itu.
SALAH seorang peserta pasukan SPCR Ranau yang menjuarai acara ‘rampanau.’ DERETEN pondok pelbagai jualan semasa acara sukan itu.
 ??  ?? PENGERUSI Majlis Pastoral Paroki Ranau Denis Sading mengangkat piala kejuaraan bersama ahli jawatankua­sa pelaksana sukan itu.
PENGERUSI Majlis Pastoral Paroki Ranau Denis Sading mengangkat piala kejuaraan bersama ahli jawatankua­sa pelaksana sukan itu.
 ??  ?? ACARA melastik yang merupakan amalan tradisi memburu binatang kecil seperti burung, tupai dan sebagainya.
ACARA melastik yang merupakan amalan tradisi memburu binatang kecil seperti burung, tupai dan sebagainya.
 ??  ?? MENAMPI padi yang sudah ditumbuk bagi mendapatka­n beras.
MENAMPI padi yang sudah ditumbuk bagi mendapatka­n beras.
 ??  ?? PEMENANG lontar peluru dikira mengikut jarak lontaran.
PEMENANG lontar peluru dikira mengikut jarak lontaran.
 ??  ?? JUARA tarik tali dari pasukan SPCR A.
JUARA tarik tali dari pasukan SPCR A.
 ??  ?? ACARA menumbuk padi.
ACARA menumbuk padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia