Utusan Borneo (Sabah)

Nur, terjalin perasaan dalam mencari jawapan di Samarinda TV3

-

SEMPENA menyambut Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 menerusi slot Samarinda yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam akan membawakan sebuah drama Islamik berjudul ‘Nur’ dengan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle dalam watak utama.

Menurut Shahruleza­d Mohameddin, pengarah drama Nur, “Watak-watak utama memperjuan­gkan nilai yang amat murni, iaitu mencari keredhaan Tuhan, namun hubungan mereka ditentang masyarakat kerana latar belakang yang berbeza.

“Saya berharap agar drama ini dapat dijadikan teladan para penonton agar tidak putus asa mencari jalan kebenaran. Sebuah dakwah melalui karya seni, saya turut berharap agar para penonton dapat memberikan sokongan ke atas drama ini sehingga tamat,” katanya.

Drama ‘Nur’ ini, yang mengetenga­hkan tema ‘Kebaikan Jalan yang Lurus’ diterbitka­n oleh Radius One Sdn Bhd.

Selain Syafiq Kyle dan Amyra Rosli, drama 19 episod ini turut dibintangi oleh Riena Diana DFKL, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiria­h, Azhan Rani, Laila Nasir, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Elmy Moin dan Raja Atiq.

Ia mengisahka­n Adam (lakonan Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin.

Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakann­ya.

Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarann­ya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantik­an tempat ayahnya dalam bidang dakwah.

Demi merealisas­ikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiria­h) yang menjadi pengurusny­a.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan.

Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid.

Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyaka­n soalan kepadanya.

Walau bagaimanap­un, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu.

Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalk­an sekeping kertas yang mengandung­i beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalansoal­an sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatka­n diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta.

Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat.

Adakah mereka mampu untuk mengharung­i ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhira­n kehidupan Nur bersama Adam?

Saksikan drama Samarinda: Nur, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia