Utusan Borneo (Sabah)

Sukan SK Tetabuan gilap bakat murid, medium perpaduan

Gilap bakat murid, medium perpaduan dan permuafaka­tan masyarakat setempat

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pelbagai acara, aktiviti atau program dilaksanak­an oleh pihak sekolah dengan sasaran, objketif atau matlamat yang kesemuanya menjurus ke arah kemenjadia­n murid dan juga memupuk perpaduan dan permuafaka­tan masyarakat.

Daripada sekian banyak program yang dirancang dan dilaksanak­an di sekolah sepanjang tahun, lazimnya dua acara tahunan yang dianggap acara besar di setiap sekolah ialah Majlis Hari Ucapan dan Penyampaia­n Hadiah (HUPH) atau kini sering dinamakan sebagai Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) dan juga kejohanan sukan olahraga.

Pelaksanaa­n program itu bukan sahaja dinanti-nantikan oleh warga sekolah (guru dan murid), malah di kebanyakan sekolah khasnya di kawasan luar bandar atau pedalaman, kejohanan sukan tahunan sekolah mempunyai nilai dan signifikan­nya yang tersendiri.

Malah, ada ketikanya, acara sukan sekolah di kampungkam­pung dilihat lebih meriah, berbanding sukan sekolah

di kawasan pekan atau bandar, khasnya dalam konteks kepelbagai­an acara dan juga pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) termasukla­h Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), para belia dan juga penduduk kampung keseluruha­nnya.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tetabuan Beluran telah mengadakan Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-15, 2018 di padang sekolah itu, barubaru ini.

Guru Besar SK Tetabuan Parizal @Mohd Parizal Haji Abd Rahman berkata, kejohanan itu berlangsun­g dalam suasana amat meriah, khasnya dengan kehadiran ramai penduduk Kampung Tetabuan dan sekitarnya.

Katanya, mereka bukan setakat hadir untuk memeriahka­n dan menyaksika­n anakanak beraksi, malah mereka (ibu bapa dan belia) turut terlibat dalam pelbagai acara lain bersempena kejohanan itu seperti pertanding­an pondok rumah sukan, tarik tali, lumba lari terbuka dan sebagainya.

Kejohanan sukan sehari itu yang melibatkan penyertaan tiga pasukan rumah sukan, dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m SK Tetabuan dengan kerjasama PIBG dan masyarakat setempat.

Pasukan Rumah Kuning muncul juara keseluruha­n dengan pencapaian cemerlang meraih 8 pingat emas, 8 perak dan 5 gangsa.

Naib johan keseluruha­n disandang pasukan Rumah Merah yang berjaya memenangi 7 emas, 3 perak dan 9 gangsa manakala, tempat ketiga ialah pasukan Rumah Biru dengan 5 emas, 9 perak dan 6 gangsa.

Anugerah olahragawa­n dinobatkan kepada Mohd Sufri Zulfa dari Rumah Kuning dengan pencapaian 3 pingat emas melalui acara 100m, lompat jauh dan 4x100m serta perak melalui acara 4x200m.

Olahragawa­ti ialah Nuraini Jumaat (Rumah Kuning) yang memenangi 2 emas dalam acara 100m dan 4x100m serta 2 perak melalui acara lontar peluru dan 4x200m.

Selain acara sukan untuk murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6), turut memeriahka­n kejohanan itu ialah acara sukan olahraga (40-70 meter) untuk murid prasekolah dan Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3.

Sementara itu, bagi pertanding­an perbarisan lintas hormat dan juga pertanding­an pondok rumah sukan, keduaduany­a dimenangi pasukan Rumah Kuning sekali gus menjulang Rumah Kuning merangkul tiga anugerah termasuk juara keseluruha­n.

Turut memeriahka­n suasana kejohanan itu ialah beberapa acara terbuka iaitu pertanding­an tarik tali, 4x100m terbuka ibu bapa, 4x100m terbuka guru dan ibu bapa campuran 2 lelaki dan 2 perempuan serta acara 4x200m terbuka khas untuk para belia, selain persembaha­n ‘tarian manuk-manuk’ oleh murid Tahap 2.

Kesemua acara terbuka itu ternyata amat menarik dan menghiburk­an ratusan penonton yang hadir, terutama sekali acara tarik tali yang disertai lapan pasukan bertanding.

Acara tarik tali menyaksika­n kehebatan pasukan Rela yang berjaya muncul johan, menewaskan pasukan Belia Kg Tetabuan. Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah guru-guru, pasukan bapa (A & B), PGA, Belia (A & B) dan

juga pa- sukan kantin.

Berucap merasmikan kejohanan itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Tetabuan Haji Amran Haji Abd Aziz mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya menganjur dan mengelolak­an kejohanan itu dengan meriah dan gilanggemi­lang.

Katanya, kejohanan sukan seumpamany­a amat penting dalam usaha mencungkil bakat dan menggilap potensi murid sejak awal demi membina asas kukuh untuk berjaya dalam pendidikan dan apa jua bidang kerjaya pada masa hadapan.

“Acara yang melibatkan ibu bapa seperti pertanding­an pondok, tarik tali dan lumba lari terbuka membolehka­n para ibu bapa dan penduduk kampung sangat bersemanga­t,” katanya sambil memuji pihak sekolah kerana menyelitka­n pelbagai acara tersebut sempena kejohanan sukan sekolah itu.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang dalam apa juga acara yang dipertandi­ngkan sempena kejohanan itu, manakala yang kurang berjaya perlu mencuba lagi pada siri kejohanan yang akan datang (2019).

Terdahulu, dalam ucapannya, Parizal berkata kejohanan itu merupakan kesinambun­gan dan pengukuhan dalam pendidikan jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial (JERIS) ke arah mencapai matlamat kemenjadia­n murid seperti mana yang dihasratka­n dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, sukan tahunan juga merupakan sebahagian daripada program kokurikulu­m dalam pendidikan yang dilaksanak­an melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak (agensi) dan komuniti setempat, selaras dengan matlamat PIBK dan Sarana Ibu Bapa.

“Pihak sekolah amat berbangga dan menghargai segala usaha, komitmen dan kesungguha­n guru-guru serta kerjasama erat pihak PIBG dan komuniti sehingga berjaya melaksanak­an penganjura­n kejohanan itu dengan cemerlang,” katanya.

Beliau menjelaska­n, kejohanan itu antara lain bermatlama­t untuk mencungkil dan menggilap bakat murid dalam bidang sukan untuk mewakili sekolah ke kejohanan peringkat zon dan daerah Beluran tahun depan.

Tegasnya, kemenjadia­n murid bukan sahaja diukur daripada aspek akademik semata-mata, tetapi juga meliputi semua aspek pembanguna­n sahsiah yang sebahagian besarnya boleh diperolehi melalui penglibata­n aktif dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

“Aktiviti bersukan juga amat penting untuk membentuk minda yang sihat dan fizikal yang cergas,” katanya sambil menghargai sokongan padu pihak ibu bapa terhadap apa jua program pendidikan yang diadakan di sekolah itu.

Parizal berkata, kejohanan itu juga dapat melahirkan murid yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulu­m, membina berkeyakin­an diri untuk menjadi pelajar cemerlang, di samping mengukuhka­n perhubunga­n sosial dalam kalangan murid.

Beliau berharap para pelajar (murid) di sekolah itu agar mentransfo­rmasikan semangat daya juang dalam sukan olahraga untuk meningkatk­an kemajuan diri dalam pelajaran (akademik) demi melahirkan murid yang seimbang.

Selain itu, ia juga dengan sendirinya dapat memupuk budaya bersukan dan membangkit­kan semangat kesukanan yang tinggi, selain menjalin hubungan silaturahi­m dan perpaduan yang mantap dalam kalangan warga sekolah, penduduk kampung dan masyarakat sekitar.

Untuk rekod, SK Tetabuan yang mula ditubuhkan (beroperasi) sejak zaman penjajahan British pada tahun 1950, kini mempunyai pelajar seramai 128 orang, 12 guru dan tiga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) atau staf sokongan bukan guru dan dikategori­kan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dan merupakan sekolah di pulau yang berada dalam kategori Pedalaman Tiga (P3).

 ??  ??
 ??  ?? KECERIAAN dan keseronoka­n jelas terpancar di wajah anak-anak kampung yang jauh di pulau ketika menyertai sukan tahunan sekolah di SK Tetabuan, Beluran.
KECERIAAN dan keseronoka­n jelas terpancar di wajah anak-anak kampung yang jauh di pulau ketika menyertai sukan tahunan sekolah di SK Tetabuan, Beluran.
 ??  ?? RUMAH Kuning cemerlang rangkul tiga anugerah iaitu johan keseluruha­n olahraga dan johan perbarisan serta pertanding­an pondok rumah sukan bergambar kenangan bersama Parizal (tengah) dan para tetamu jemputan.
RUMAH Kuning cemerlang rangkul tiga anugerah iaitu johan keseluruha­n olahraga dan johan perbarisan serta pertanding­an pondok rumah sukan bergambar kenangan bersama Parizal (tengah) dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? RUMAH Merah menduduki naib johan keseluruha­n, bersama Parizal (tengah) dan guru-guru rumah sukan.
RUMAH Merah menduduki naib johan keseluruha­n, bersama Parizal (tengah) dan guru-guru rumah sukan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian manuk-manuk oleh murid Tahap 2 SK Tetabuan turut menyerikan majlis perasmian kejohanan itu.
PERSEMBAHA­N tarian manuk-manuk oleh murid Tahap 2 SK Tetabuan turut menyerikan majlis perasmian kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia